25 March 2011

Kedai Kopi Ada Gelatin Babi, Kedai Mana 1?


Salam..
Pasti korang semua dah baca berita di Harian Metro yang mengandungi GELATIN BABI didalam ramuan serbuk kopi bagi sebuah kedai kopi terkenal di Johor Bahru. Dahsyat ni, dan ianya patut diketahui semua umat Islam menghindarinya.

70 tahun layan Kopi :
Dalam berita kata kedai tu dah 70 tahun? makna nya 70tahun mereka menghidang ramuan kopi haram itu kepada pelanggan beragama Islam? Atau penggunaan gelatin dari khinzir itu baru sahaja berlaku? Pastinya kopitiam ni terkenal bukan sebab tu tak cakap nama dia. Tapi kedai mana satu ni?

Siasat guna "Keyword" 
Lanun ada syak satu kedai kopi ni, jadi Lanun cuba search keyword "kedai kopi johor bahru 70tahun" pastu kalau jumpa nama kedai kopi tu cuba search nama kedai kopi tu ditambah dengan "cawangan lembah klang". Korang akan dapat jawapannya kedai mana satu, Kalau betul lah kedai tu, memang ramaiiii kesana dan cerita kesedapan memang tersebar luas.

HASIL SIASATAN LANUN  : Kedai Kopi @ Stesen Keretapi Kluang Johor & ia ada 2 cawangan di lembah Klang dan berusia 70 tahun. Kalau salah harap betulkan... TQ

MAKLUMAT TAMBAHAN : Menurut Facebook Persatuan Bangsa Johor, dahulu Kopi Kluang suci dan selamat, tetapi selepas pengusahanya "bertukar tangan" pencemaran bahan haram ini berlaku.

Tapi kalau maklumat ini SALAH, harap betulkan Lanun sebab ini perkara penting kita tak mahu kita termakan sesuatu yang haram. Mana yang dah sudah terminum, termakan takpalah memang di maafkan sebab kita tidak tahu. Pada peniaga yang menjual kopi itu, atau serbuk kopi itu harap cuba cek dengan Jabatan Agama Johor, kedai mana satu yang positif gelatin babi tu.

Berita Asal : HMetro - Kopi campur gelatin babi Article
Blog Widget by LinkWithin

7 komen disini yer..:

esa said...

bahaya ni bro, kena search cari kedai yg mana 1. kalau dia jual kat kopitiam sahaja xpe, jgn dia buat pakaging & jual kat pasaraya, tu bahaya.

LaNuNsepet said...

lanun siasat2 dapat stesen kluang, dia dah 70tahun, terkenal, n ada 2 caw di lembahklang.

hmm..memg ramai g minum sana..kopinya pun ada jual di merata.

kiut miut said...

betul la, i search2 pun jumpa kluang stesen tu haa.. actually i penahla minum n makan kat situ..
biras i orang johor.. haritu dia balik johor, belikan i 1 paket besar kopi kat situ.. tp masih ada banyak lg.. so nampaknye kenala buang segera.. kedai tu memang dah 73 tahun, n ada branches area kl..

Anonymous said...

Keputusan analisis sampel makanan yang telah diambil di Kluang Rail Coffee oleh Pejabat Kesihatan Kluang bersama Jabatan Agama dan KPDNKK Kluang telah diterima. Didapati kandungan serbuk kopi (termasuk kopi uncang yang dijual) mengandungi DNA haiwan vertebrata dan DNA babi (0.01ng) telah dikesan. Campuran etil alkohol (0.04%) juga ada pada madu yang digunakan dalam ramuan roti bakar..

apislerr said...

salam,
mengunjungi rakan2 blog;)
blog apisv2

Nini Mohd said...

errr~
kedai kopi mane satu? kluang rail cafe ke? biar betik.
saya pernah makan kat kluang rail cafe. tapi kat Kluang.
semua cawangan kopi dia same ke, ade gelatin jugak ea?
gulpp~

LaNuNsepet said...

kopi kluang railstation nampaknya..
takpa la kalu dulu2 dah terminum...

hati2 lain kali :-)