Lanun baca satu artikel di BeritaHarian mengenai peningkatan perkahwinan campur di antara rakyat Malaysia dengan warganegara asing dari 31 negara berlainan. Ini berdasarkan rekod perkahwinan rakyat kita di lima kawasan selatan Thailand Songkhla.
Pasangan yang dipilih : Malaysia-Thailand (419) Malaysia-Indonesia (228) Malaysia-Pakistan (45) Malaysia-Filipina (18) *pasangan Statistik pernikahan di Selatan Thailand : 2005 - 314 2006 - 845 2007 - 1,944 2008 - 2,000 2009 - 3,260 *pasangan Semakin meningkat bukan? | Antara negara lain yang jadi pilihan : Bangladesh Kemboja Afrika Selatan Nepal Singapura Perancis Nigeria Korea Jepun Afghanistan Lubnan Denmark Amerika Syarikat Iran Arab Saudi Uzbekistan. |
Kenapa terdapat peningkatan? Antaranya kerana :
- Prosedur yang mudah dan tidak ketat berbanding Malaysia.
- Perkahwinan yang dirahsiakan.
- Perkahwinan yang tidak direstui ibu bapa atau keluarga dan sebagainya.
- Status akidah pasangan yang dikahwini, terutama jika pengantin lelaki warganegara asing.
- Pendidikan keluarga, isteri, anak anak.
- Nafkah dan kebajikan.
- Penyakit keturunan atau berjangkit dari warganegara yang tidak mendapat suntikan.
- Masalah akan timbul sekiranya berlaku kes penceraian, kes pengjagaan anak.
Nasihat Lanun :
- Kita boleh memilih pasangan.
- Jangan sesekali cair dengan pujuk rayu, atau terasa terdesak dengan memilih sembarangan.
- Berusaha mencari yang terbaik.
- Pastikan pasangan yang dipilih yang kita yakini boleh membawa kebahagiaan di DUNIA dan AKHIRAT dengan memberi nafkah zahir batin serta membimbing dengan ilmu agama.
Sumber : Bharian original article..
1 komen disini yer..:
stuju ngan nasihat Lanun tu..kalau boleh biarlah itu yg pertama dan ke akhir hayat kan. dan boleh membimbing..
Post a Comment