22 March 2011

Lanunsepet kutuk tindakan "Paderi anti-Islam bakar al-Quran"

Salam..
Seorang paderi dan 30 yang lain dalam satu majlis telah pun membakar AlQuran kitab suci umat islam yang di katakanya punca keganasan. Paderi yang bernama Terry Jones yang dulu pernah dikecam hebat ingin membakar AlQuran tetapi tidak berjaya apabila dihalang pemimpin Amerika. 

Blog Lanunsepet mengecam dan mengutuk tindakan paderi ini. Ini sebenarnya berlaku kerana golongan ini sebenarnya tidak pernah cuba membaca Alquran dan tidak menghormati agama lain. Dalam Islam sendiri mengajar umatnya menghormati agama lain tak kira warna kulit, bangsa atau bahasa.

Tindakan ini juga akan membangkitkan kemarahan umat Islam yang akan menyebabkan permusuhan dan sangka buruk lebih hebat akan berlaku. Lanun juga syak ada pihak di sebalik kejadian ini yang ingin melihat Islam dan Kristian bermusuh. 

Lanun juga menyeru supaya pemimpin Islam memberi contoh dan tauladan bagaimana Islam itu sebenarnya. Bukan dengan mengamalkan separuh separuh tetapi mengamalkan Islam secara menyeluruh mengikut lunas lunas syariah yang sebenar bukan berpandukan akal fikiran yang cetek.
Blog Widget by LinkWithin

1 komen disini yer..:

suffer8zine said...

subahanallah, dunia akhir zaman

Terkini : Lagu Untuk Blogger Dari Band HUJAN