Showing posts with label allah swt. Show all posts
Showing posts with label allah swt. Show all posts

08 January 2010

GAMBAR : Pagi Ini 2 Gereja Diserang..Satu Tindakan Bodoh!!!..

4 komen disini yer..
Salam...

Memang mangkuk betul lar kan, pagi ni dilaporkan satu insiden serangan pada Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati. awal pagi tadi serangan bom petrol buatan sendiri tu telah menyebabkan kebakaran serta kemusnahan pada tingkat bawah gereja.

Selain itu lanun terbaca di berita harian di laporkan dua insiden keabakaran dua gereja dan satu ugutan dilaporkan awal pagi ini. Satu lagi kejadian tersebut di Assumption Church, Jalan Templar, Petaling Jaya pada pukul 4 pagi tetapi gereja itu bernasib baik kerana bom petrol itu tidak meletup. Sapa punya kerja nih??


Lanun mengutuk serangan ini kerana ianya adalah tindakan tak bertamadun dan penakut. Memang  lanun yakin orang membuat onar ni orang yang tidak mepunyai ilmu dan tidak rasional langsung. Tindakan ni memalukan negara kita n boleh menyebabkan jadi perkara yang lebih teruk. Pada yang terlalu terbawa-bawa dengan isu ini diminta jangan jadi bodoh..  [GAMBAR DIBAWAH...]

05 January 2010

Jangan kelirukan atau politikkan kalimah Allah- PAS

3 komen disini yer..
Salam.. Ikuti pendirian PAS dalam isu penggunaan nama Allah. [VIDEO DIDALAM]


KENYATAAN PENUH (dibawah..)

Sumber HarakahDaily

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.-4/1/2010


* Back To Halaman Utama *


03 January 2010

Isu Nama Allah, Melenting? Ikuti Setiap Pendapat... Tambah Ilmu...

0 komen disini yer..
Salam...

Kebelakangan ni isu penggunaan ALLAH yang diminta oleh satu pertubuhan gereja katholik dalam surat khabar mingguannya The Herald. kekecohan berlaku bila hakim bukan islam telah membatalkan larangan penggunaan perkataan Allah, dan membenarkan mereka menggunakannya. Isu ini telah menarik komen pelbagai pihak.

Lanun disini bukan untuk memberi pendapat (ilmu tak cukup) tapi menasihat semua kita sebagai golongan berilmu meneliti setiap pandangan dari ulamak serta pakar. Jangan hanya dengar pendapat dari satu pihak sahaja. Ulamak sumber rujukan kita. Kita ikuti beberapa pendapat dibawah sebelum kita menyimpulkan sesuatu isu itu sebelum kita buat kesimpulan supaya lebih adil.. Klik Bawah untuk baca.. pandangan mereka...