Showing posts with label najib. Show all posts
Showing posts with label najib. Show all posts

08 October 2011

RASMI : Teks Ucapan Belanjawan 2012

0 komen disini yer..


Salam..
Ini merupakan Teks Ucapan Rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Perbendaharaan Malaysia. anda boleh buka ucapan penuh bajet 2012 dengan klik link ini [Ucapan Bajet 2012 Full ] dan lampiran bagi rujukan Bajet tersebut pada link ini [Lampiran Bajet 2012]. Untuk maklumat yang lebih lanjut Lanun syor pergi ke laman web rasmi kementerian di Perbendaharaan Malaysiauntuk anggaran perbelanjaan, pegawai yang berkaitan, dan laporan ekonomi semuanya di laman web tersebut.

28 May 2011

Mohon Kerajaan Ambil Tindakan & Jangan Ambil Ringan Isu "Makcik" Hina Islam

0 komen disini yer..

Salam..
Kecewa..
Sehingga ke hari ini masih tidak ada tindakan undang undang kepada "makcik hajjah sitt al-wuzara". Yang benar benar buat orang marah. Kenapa seakan akan kerajaan mengambil ringan perkara nih? Lanun agak kecewa. Kalau kita ingat dahulu isu Blogger hina Sultan, cepat jar polis pergi tangkap blogger adukataruna. Tapi sekarang si blogger ni hina ISLAM. Agama seluruh umat Islam!. Adakah isu ni isu picisan daripada isu penghinaan Sultan?

Email Aduan ke SKMM..
Lanun tadi baru sahaja hantar email kepada SKMM, supaya SKMM mengambil tindakan kepada Makcik tu. Lanun tahu dia bukan seorang tua, tetapi seorang manusia yang muda dan sihat yang frust dengan hidupnya. Dalam email tersebut Lanun mohon SKMM amik tindakan undang undang kepada dia dan BLOCK kesemua link dia di merata tempat termasuk di Facebook, Wordpress, Youtube, dan Twitter. 

Adakah kita hanya diam dan tgu SKMM block sahaja? Selain Flag video, report abuse di facebook dan blog, korang juga boleh buat aduan polis atau ke SKMM. Mari ramai ramai buat aduan kepada SKMM dengan beberapa cara :

Complaint Hotline/Talian Aduan: 

1-800-888-030

SMS :
SKMM ADUAN [Complaint Details] SMS to 15888

Operating Hours/Masa Operasi: 
8:30am - 5:30pm
(Monday/Isnin - Friday/Jumaat)

Email :
E-mail: aduanskmm@cmc.gov.my
Website: http://www.skmm.gov.my

p/s : Panas jer hati tengok.. Cuba kalau kita biarkan dia, tanpa tangkap dan diberi kaunseling.. selama lamanya dia akan dalam kesesatan. 

27 May 2011

Siapakah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Sebenarnya?

7 komen disini yer..
Salam...
Marah memang cukup marah dengan apa yang berlaku baru baru ni. Seorang Blogger yang menggelar dirinya Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara [edisi cache : xx makcikhajjahsittalwuzara xx  atau link asal : makcikhajjahsittalwuzara] dan jugak aktif di twitter [Twitter Sitt Alwuzara] dengan terbuka menghina Islam. Walaupun ramai yang bertindak balas pada entry dia ni, tapi dia masih tegar menghina hina. Memang kurang ajar!. 

Dalam penulisan si blogger ni telah menghina Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Selain tu, Si kurang ajar ni jugak telah mengaitkan islam dengan illuminati dan turut mengubah ubah gambar kaabah dengan meletakkkan gambar perempuan seksi dan binatang dengan niat menghina. Kalau agama lain dihina pun Lanun bantah dan sanggah inikan pula agama yang Lanun anuti sendiri.

Siapa dia? Siapa dia sebenarnya? Malaysia ke Luar Malaysia? Adakah Melayu atau Non Muslim? Muda ke tua? pada Lanun dari segi penulisan seperti ia seorang melayu dan orang muda, (kalau salah tolong betulkan) sekiranya dia memang seorang Islam, ketahuilah dia sudah pun Murtad!! kerana tidak lagi beriman kepada Allah dan Rasul. Mohon kerajaan siasat siapa kah dia disebalik blogger Makcik Hajjah nih. Jangan SKMM kata tak boleh nak cari sapa. Jangan biarkan!!.

Terbaru dalam artikel terbarunya di Wordpress, dia telah sekali lagi mengutuk Allah dan Nabi serta SKMM dan Najib sebab block kan websitenya. Harap jangan tangguh untuk siasat dan berkas.. Takkan nak tunggu dia kutuk orang politik baru nak berkas? ada double standard ke? antara kutuk Allah dan kutuk orang korporat?

Lanun tak setuju kita hanya block blog Si malang ni. Kenapa perlu berkas dia nih? Selain diberi hukuman yang setimpal, Si Malang ini perlu beri kaunseling dan tarbiah semula sekiranya dia memang islam. Kalau kita hanya block penulisannya, dia akan terus marah dan terus meracuni fikiran orang lain dan menyebabkan kekecohan. Blogger ni adalah seorang yang malang sebenarnya.. kerana duduk di bawah tempurung yang gelap.. Gelap hidupnya dari cahaya kebenaran.

Kerajaan tolong jangan diam sahaja!!! bertindak.

KENAPA LANUN CERITA PASAL ISU NI? KERANA MASIH TAK ADA TINDAKAN UNTUK BICARAKAN ATAU KAUNSELING SI BLOGGER TU.. JADI LANUN SERU SILA TANGKAP DAN BICARAKAN.. TUTUP BLOGNYA DAN TWITTER SERTA LAMAN WEB YANG BERKAITAN DENGAN BELIAU.

07 November 2010

Halloween, Valentine, Meletakkan Kalung Bunga di Tugu Negara Sama Sahaja

1 komen disini yer..
Salam...
Hari ni dalam HarianMetro tunjuk artis "popular" Fasha Sandha dan beberapa rakannya menyambut Halloween pada 31Oktober lalu. Tak kira la Fasha Sandha ke sape tapi masih ada orang Islam yang sambut lagi perayaan macam tu. Bukan halloween jar Valentine Day pun masih ada lagi yang sambut walaupun berkali kali perkara ni diterangkan.
  1. Baca Hukum Menyambut Halloween
  2. Baca Hukum Meyambut Valentine atau Majlis Fatwa
  3. Baca ni Juga Hukum Meletakkan Kalung Bunga di Tugu Negara 
  4. Dan 1 lagi "pendedahan aurat adalah berdosa" 
Zaman IT serba canggih ni tak leh la kata tak tahu pun ianya haram atau salah dari segi hukum. Boleh dikatakan apa sahaja persoalan baik kecil dan besar kini ada jawapanya semua di hujung jari tau. Nak atau tak nak sahaja.  Mesej ni untuk semua termasuk diri Lanun jugak.

Lanunsepet : Lanun benci bila ada orang backup orang buat perkara maksiat. Jenayah dan Maksiat sama la wehh. Dan janganlah buat ayat " Hal peribadi siapalah kita nak nyibuk ". Kita mesti tegur jangan sesekali redha! . Paling tidak benci perbuatan tu. 

Hadis dari Abi Said Al-Khudri yang bermaksud : “Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasa dan perbuatan). Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (tegur guna lisan). Maka sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya (tidak redha dengan perlakuan maksiat tersebut). Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.” (Riwayat Oleh Muslim).

15 October 2010

Belanjawan 2011 : Intisari Bajet Rakyat

5 komen disini yer..
Salam..

Ni adalah intipati pada Bajet yang di bentangkanoleh PM kita apa pandangan korang? Nak baca lebih? Nak download e book intipati (.pdf) bajet rakyat ni? Lanun dah sediakan datu format .pdf yang boleh korang download dan simpan he3. Pada yang nak baca terus boleh select link nombor 2 ok.

Lanun dan ada senarai bajet 2011 Nak baca? atau nak Download :
  1. (.pdf format ) Download E book senarai intipati Belanjawan 2011 Bajet Rakyat
  2. Atau korang nak baca di Lanunsepet ? : Klik sini untuk Senarai belanjawan Tahun depan

05 January 2010

Jangan kelirukan atau politikkan kalimah Allah- PAS

3 komen disini yer..
Salam.. Ikuti pendirian PAS dalam isu penggunaan nama Allah. [VIDEO DIDALAM]


KENYATAAN PENUH (dibawah..)

Sumber HarakahDaily

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.-4/1/2010


* Back To Halaman Utama *