Showing posts with label e book. Show all posts
Showing posts with label e book. Show all posts

26 October 2010

Lanun terkejut dengan Program Transformasi Ekonomi oleh Kerajaan yang bakal meletakkan kita dalam Murka Allah

4 komen disini yer..
Salam...
Lanun terkejut dan merasa takut bila membaca antara program program yang terkandung dalam ETP Economy Transformation Program atau dalam bahasa Program Transformasi Ekonomi bagi Malaysia menjelang 2020. Kerajaan cadang tambah tempat hiburan, kelab malam, dan longgarkan syarat konsert artis luar, nak tahu lebih lanjut baca perincian nya yang pasti buat korang marah. Tak tahu la pulak ada yang setuju???

Lanun tak dapat nak copy n paste kat sini sebab panjang..


Jika benar lah, Jika benarlah begini... Kita sedang mengundang bala besar pada Malaysia. Maaf cakaplah, Lanun bantah bantah seKERAS KERASNYA dan BENCI perancangan tersebut !!!. Duit punya pasal ! Maju punya pasal ! ini kah jalan yang dipilih ?? 

Lanunsepet : Lanun harap korang baca dan teliti nya, adakah korang setuju? Harap kerajaan Malaysia batalknya..

15 October 2010

Belanjawan 2011 : Intisari Bajet Rakyat

5 komen disini yer..
Salam..

Ni adalah intipati pada Bajet yang di bentangkanoleh PM kita apa pandangan korang? Nak baca lebih? Nak download e book intipati (.pdf) bajet rakyat ni? Lanun dah sediakan datu format .pdf yang boleh korang download dan simpan he3. Pada yang nak baca terus boleh select link nombor 2 ok.

Lanun dan ada senarai bajet 2011 Nak baca? atau nak Download :
  1. (.pdf format ) Download E book senarai intipati Belanjawan 2011 Bajet Rakyat
  2. Atau korang nak baca di Lanunsepet ? : Klik sini untuk Senarai belanjawan Tahun depan

02 October 2010

Software autoblogwalking, bagaimana ia berfungsi??

1 komen disini yer..
Salam...
Alhamdulillah bulan 10 ni bertambah rezeki lagi dari Allah :-) tambah semangat nak kerja, tambah semangat nak teruskan matlamat seumur hidup Lanun :-). Kembang semacam hati ni he3.. Ok nak gtau yang Lanun kebelakangan ni sejak masuk arena pekerjaan ni jarang sangat sangat blogwalking. Pastinya korang pun pasan kan? maaf sangat sangat pada semua..hu3

Sebut pasal blogwalking ni terdetik hati nak cerita software autoblogwalking yang boleh blogwalking dengan cepat dari cara tradisional. Lanun sebenarnya tak paham bagaimana software tu berfungsi, adakah dengan hantar mesej pada chatbox tanpa pergi blog tu? macam tu ke? kalau macam tu tak meriah la kan. ibarat adat ziarah menziarah dah hilang. betul tak? 

p/s : kalau ia tak macam tu, Lanun harap ade orang sudi terangkan kat Lanun macam ia berfungsi :-)

24 September 2010

Belanjawan 2011 ( Budget ) : Dengar kata budget lebih tinggi tahun ni...

2 komen disini yer..

Salam..
Ni adalah intipati pada Bajet yang di bentangkanoleh PM kita apa pandangan korang? Nak baca lebih? Nak download e book intipati (.pdf) bajet rakyat ni? 

29 August 2010

Maksud Jata Lambang Negara Malaysia : Selamat Hari Kemerdekaan ke 53

12 komen disini yer..
Salam...
Sempena dengan bulan kemerdekaan Lanun membawakan info mengenai Jata Negara atau Lambang Negara Melaysia. Ia merupakan lambang negara kita yang tertera di mana mana, alangkah sedihnya kalau ada yang tak tahu lagi bagaiman rupanya? apa maksudnya? Jadi post kali ni adalah sekdar berkongsi.

Versi Download E book : [ klik untuk download ]

Sumber Wikipedia :

Jata Negara yang baru.

Jata Negara yang asal..
  • Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, 
  • Bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
  • Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. 
  • Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
  • Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. 
  • Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. 
  • Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. 
  • Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan.
  • Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

13 May 2010

E Book : Kisah Penjara Pudu Dulu & Kini.... Sejarah & Kenangan...Leh Download..

2 komen disini yer..
Salam...
Penjara Pudu merupakan antara bangunan yang semua orang kenal. Macam macam kisah kiter pernah dengar dari mulut mulut orang pasal cerita Penjara Pudu nih. Antara yang Lanun dengar pasal kisah seram, hantu, bilik gantung, bilik terakhir, bomoh, pasal suara suara misteri, tak kurang jugak kisah kisah lawak yang orang gunakan Penjara Pudu sebagai modal kenakan orang he3. (lanun pun pernah terkena..)

Baru baru ni umumkan UDA Holding akan mula meroboh Penjara Pudu untuk buat satu projek mega Projek Bukit Bintang City centre. Kerja meroboh dah pun bermula dan planning UDA ni dah lama dah pun dicadangkan. Agak agaknya berhantu tak bangunan tu nanti? he3.

Jadi kat sini Lanun sediakan satu Ebook Penjara Pudu untuk korang kenali sket pasal Penjara Pudu ni. Dari awal sampai sekarang. Mungkin tak banyak maklumat Lanun bagi, tapi ada gambar dan penerangan sekali leh la nak kenal sket sebanyak dengan Penjara Pudu yang kini tinggal kenangan. Nak download? Boleh Download kat sini.. 1MB saje

DOWNLOAD E book Penjara Pudu (1MB) : KLIK SINI [http://www.mediafire.com/?yj2ymqq2ruz]