Showing posts with label misteri. Show all posts
Showing posts with label misteri. Show all posts

28 November 2010

Putus tunang punca Teacher Shida buat miming selambe di Youtube

12 komen disini yer..

Salam..
Lanun baru membaca artikel  terbaru CikguDahlia berkaitan Tacher Shida yang cukup popular di Youtube kerana aksi miming selambanya. Lama dah Lanun tengok video dia ni, jadi kat sini Lanun pun nak amik kesempatan komen jugak. Mengikut pa yang Lanun tahu, beliau merupakan cikgu bahasa inggeris, dan turut juga mengajar muzik. Kerana videonya yang "menarik" ia juga  jadi buah mulut dan guarauan Lanun dan kawan kawan kat tempat keje. 

Punca : 
Selepas membaca artikel kat CikguDahlia dan blog yang jadi sumber rujukannya, jelaslah punca Teacher Shida (Channel Youtube) yang berasal dari Parit, Perak itu adalah tekanan dan kecewa akibat putus tunang. Maklumat ini boleh dikatakn reliable kerana dari cikgu jugak.

Peringatan :
Tapi.. perlu dingat sebagai Muslim dan Muslimah kita perlu jaga adab dan batas batas kita. Tak salah buat video di Youtube tetapi ada garis panduan yang telah Islam syaratkan bila muncul dikhalayak, lebih lagi saluran umum macam tu. Jadi berpeganglah pada tu, semoga apa kita buat tidak mendapat murka Allah SWT.

Harapan : 
Pada Teacher Shida, bersabarlah dan carilah ketenangan yang sebenar bukan dengan cara tu, tak lupa juga  semoga bertemu jodoh dengan suami yang soleh Insyaallah... :-)

Cerita asal & lebih lagi maklumat ttg TeacherShida : http://az-arepa.blogspot.com
p/s : banyak video miming ciptaan TeacherShida telah didelete.

13 May 2010

E Book : Kisah Penjara Pudu Dulu & Kini.... Sejarah & Kenangan...Leh Download..

2 komen disini yer..
Salam...
Penjara Pudu merupakan antara bangunan yang semua orang kenal. Macam macam kisah kiter pernah dengar dari mulut mulut orang pasal cerita Penjara Pudu nih. Antara yang Lanun dengar pasal kisah seram, hantu, bilik gantung, bilik terakhir, bomoh, pasal suara suara misteri, tak kurang jugak kisah kisah lawak yang orang gunakan Penjara Pudu sebagai modal kenakan orang he3. (lanun pun pernah terkena..)

Baru baru ni umumkan UDA Holding akan mula meroboh Penjara Pudu untuk buat satu projek mega Projek Bukit Bintang City centre. Kerja meroboh dah pun bermula dan planning UDA ni dah lama dah pun dicadangkan. Agak agaknya berhantu tak bangunan tu nanti? he3.

Jadi kat sini Lanun sediakan satu Ebook Penjara Pudu untuk korang kenali sket pasal Penjara Pudu ni. Dari awal sampai sekarang. Mungkin tak banyak maklumat Lanun bagi, tapi ada gambar dan penerangan sekali leh la nak kenal sket sebanyak dengan Penjara Pudu yang kini tinggal kenangan. Nak download? Boleh Download kat sini.. 1MB saje

DOWNLOAD E book Penjara Pudu (1MB) : KLIK SINI [http://www.mediafire.com/?yj2ymqq2ruz]