Showing posts with label hantu. Show all posts
Showing posts with label hantu. Show all posts

10 October 2010

Siapa ada gambar Jin ghaibkan Siti Balqis yg di tangkap..??

5 komen disini yer..
Salam...
Hangat juga cerita ni, apabila seorang gadis 22 tahun yang kerap ghaib bila tiba waktu senja dan tengah malam, ghaib dan muncul dan ditemui di lokasi yang berlainan. Berani punya jin sampaikan ramai ramai kawal rumah gadis ni pun, Siti Balqis ni tetap ghaib. Memang berani punya Jin lar. Antara tempat munculnya semula siti Balqis adalah :
  • tanah perkuburan
  • atas pokok
  • atas siling
  • terbaru di dalam mesin pembancuh simen berdekatan rumahnya

Dulu, kat kampung Lanun pernah terjadi macam ni dan kawan Lanun juga pernah juga diculik oleh Jin / makhluk halus. Kita harus faham bahawa mereka adalah seperti kita punyai akal dan nafsu, ada jahat ada baik. Tapi dalam kes ini tak tahu la sebab apa, tu kena la tanya bomoh bomoh dan ustaz ustaz yang telah datang membantu gadis ni.

Tapi bomoh bomoh ni jangalah percaya sangat, Ustaz InsyaAllah boleh percaya tapi tetaplah berhati hati dengan orang menyamar Ustaz. Selepas kejayaan menagkap 9 jin dan dimasukkan kedalam botol dan balang, ramai penduduk sekitar amik gambar jin tersebut, ada tak sapa sapa yang dapat gambar atau video jin yang ditangkap dari rumah siti Balqis?

22 June 2010

Kisah Dan Sejarah Penjara Pudu Kuala Lumpur

16 komen disini yer..

Salam..
Malam tadi bermulanya kerja meroboh Penjara Pudu yang cukup dikenali ramai. Proses itu bermula pukul 10 malam tadi. Rasanya pasti ramai tak tahu lagi yang satu projek mega akan dijalankan disitu untuk menggantikan tapak Penjara Pudu dengan satu laluan bawah tanah. Projek ni dijalankan oleh UDA Holdings.

Fakta menarik semasa peristiwa meroboh :
    • Lukisan terpanjang di dunia di tembok Pudu dirobohkan
    • Orang ramai disitu mengutip batu hasil robohan buat kenangan
    • Penjara pudu sejarah 100 tahun
    • Diroboh untuk projek laluan bawah tanah dijangka siap 2012
    • Ratusan orang datang melihat
    • Video meroboh tembok Penjara Pudu KLIK SINI 
Untuk sesiapa yang ingin nak tahu dan mengikuti sejarah dan kisah penjara pudu boleh mendownload satu kumpulan artikel atau e book beserta gambar dan penerangan yang Lanun compile kan dari sumber maklumat Jabatan Penjara sendiri. Sila klik link download di bawah :


Kerja merobohkan penjara ni Lanun sokong, kerana baik kita gantikan sesuatu yang lebih manfaat untuk rakyat sekeliling dari kita menjadikan ia terbiar dan hanya tempat tinggalan sejarah. lagipun ia hanya sejarah mengenai tali gantung, kisah seram, banduan, dan sebagainya.

13 May 2010

E Book : Kisah Penjara Pudu Dulu & Kini.... Sejarah & Kenangan...Leh Download..

2 komen disini yer..
Salam...
Penjara Pudu merupakan antara bangunan yang semua orang kenal. Macam macam kisah kiter pernah dengar dari mulut mulut orang pasal cerita Penjara Pudu nih. Antara yang Lanun dengar pasal kisah seram, hantu, bilik gantung, bilik terakhir, bomoh, pasal suara suara misteri, tak kurang jugak kisah kisah lawak yang orang gunakan Penjara Pudu sebagai modal kenakan orang he3. (lanun pun pernah terkena..)

Baru baru ni umumkan UDA Holding akan mula meroboh Penjara Pudu untuk buat satu projek mega Projek Bukit Bintang City centre. Kerja meroboh dah pun bermula dan planning UDA ni dah lama dah pun dicadangkan. Agak agaknya berhantu tak bangunan tu nanti? he3.

Jadi kat sini Lanun sediakan satu Ebook Penjara Pudu untuk korang kenali sket pasal Penjara Pudu ni. Dari awal sampai sekarang. Mungkin tak banyak maklumat Lanun bagi, tapi ada gambar dan penerangan sekali leh la nak kenal sket sebanyak dengan Penjara Pudu yang kini tinggal kenangan. Nak download? Boleh Download kat sini.. 1MB saje

DOWNLOAD E book Penjara Pudu (1MB) : KLIK SINI [http://www.mediafire.com/?yj2ymqq2ruz]