Arsenal aibkan Everton 6-1, Drogba hero ChelseaLONDON: Arsenal mencatat perlawanan sulung Liga Perdana Inggeris paling menceriakan apabila menang besar 6-1 ke atas Everton, awal pagi tadi.Sementara penyerang Didier Drogba pula menjadi hero Chelsea apabila dua golnya membolehkan kelabnya menang tipis 2-1 ke atas Hull City, sekali gus memberi kelegaaan kepada pengurus barunya, Carlo Ancelotti.Sementara, Manchester City yang muncul kelab Inggeris paling besar berbelanja musim ini, menang 2-0 ke atas Blackburn Rovers.Bagaimanapun, Arsenal yang bermain di Goodison Park, cemerlang untuk menumpaskan Everton yang seakan terumbang-ambing pada musim baru ini.Pemain tengah Arsenal, Denilson membuka tirai jaringan diikuti pemain pertahanan Thomas Vermaelen dan William Gallas untuk menjadikan kedudukan 3-0 pada separuh pertama.Kemudian giliran kapten Arsenal, Cesc Fabregas untuk menjaringkan dua gol sebelum Eduardo memperoleh gol keenam.Enam minit sebelum perlawanan tamat, Louis Saha tampil emberi gol sagu hati kepada tuan rumah.Sementara itu, dua jaringan Drogba membolehkan Chelsea menang 2-1 selepas Hull City membuat kejutan memperoleh gol awal. - Reuters
16 August 2009
Keputusan English Premier League Malam Tadi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen disini yer..:
Post a Comment