Kite baru saje melepasi malam nifsu syaaban... Maksudnya kita akan ada lebih kurang 15hari untuk memasuki bulan Ramadhan Al Mubarak. Kita jgn ingt hari raya jar kene buat persiapan awal.. ramadhan bolan berpose ni pun kene buat persiapan wei... barulah kiter tak menggelabah atau tersasul perbuatan masa dalam berpose nanti.. he3... Untuk memudahkan korang gua buh satu artikel dari ustaz ahmad adnan fadzil, kita ikuti penerangan ustaz mengenai persiapan tersebut.
Bulan Ramadhan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya. Antara persiapan yang dapat kita lakukan –malah perlu kita lakukan- sebelum menjelang Ramadhan ialah;
1. Banyak berpuasa di bulan Sya’ban; menjadi sunnah Nabi s.a.w. banyak berpuasa di bulan Sya’ban. Untuk penjelasan lanjut tentang puasa di bulan Sya’ban, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-sunat-bulan-syaban.html) atau blog Artikel al-Qalam (http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/08/persiapan-menjelang-ramadhan-siri-2.html).
2. Mengulangkaji ilmu tentang puasa; amalan yang paling utama di bulan Ramadhan ialah puasa. Puasa difardhukan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan. Untuk mencapai puasa yang sempurna kita hendaklah memiliki ilmu tentang bagaimana melaksanakan puasa yang sebenarnya sebagaimana yang dituntut oleh Syara’. Oleh itu, ada baiknya sebelum menjelang Ramadhan kita mengulangkaji ilmu-ilmu tentang puasa merangkumi;1. Rukun-rukun puasa serta sunat-sunatnya
2. Perkara-perkara yang membatalkan puasa
3. Perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa
4. Dan segala yang berkaitan dengan ibadah puasa
Untuk membaca tentang hukum-hakam puasa, sila baca di; Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-mukadimah.html).
3. Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan; Ada di kalangan kita tidak merasa apa-apa dengan kedatangan Ramadhan. Bagi mereka, Ramadhan sama seperti bulan-bulan yang lain; tiba masanya ia datang dan tiba masanya ia berlalu pergi. Punca sikap ini adalah kerana mereka tidak mengetahui kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan atau kerana mereka melupainya. Kerana itu amat perlulah hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat dan kelebihan Ramadhan dibaca dan diulangkaji kembali sebagai persiapan sebelum memasuki bulan Ramadhan. Untuk menetahui sebahagian fadhilat puasa dan bulan Ramadhan, sila baca di blog Artikel al-Qalam; (http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/08/persiapan-menjelang-ramadhan-siri-4.html).
4. Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan; supaya kita dapat memasuki bulan Ramadhan dengan penuh bersedia untuk memperbanyakkan amalan di bulan keberkatan yang banyak kelebihannya itu, kita hendaklah mengetahui apakah amal-amal ibadah atau amal-amal kebaikan yang digalakkan oleh Allah dalam bulan Ramadhan di mana pahalanya amatlah besar dan berlipat-ganda.
Sila baca amalan-amalan utama ini dalam blog Artikel al-Qalam; (http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/08/persiapan-menjelang-ramadhan-siri-5.html).
Wallahu a’lam.
Sumber : USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
06 August 2009
Jom Buat persiapan Hari Raya?? Puasa Tak Lagi...
Salam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 komen disini yer..:
hmm.. persiapan raya hebat..persiapan puasa pun kana jugak hebat....
dah bpe mggu jer lg kan Ramadhan...kejappp jer...
semoga ramadhan akan jadi titik tolak berakhirnya BALA H1N1.. aaminn
insyaallah
Post a Comment