Penyanyi dan pelakon yang dikaitkan dengan masalah penceraian Ustaz Akil iaitu Waheeda sudah nekad untuk tidak kembali aktif di dalam bidang seni, sama ada sebagai penyanyi mahupun pelakon.
"Saya sudah tolak semua undangan nyanyian termasuklah lakonan. Begitu juga dengan program Cafe Akhil Hayy kerana saya juga tidak pasti sama ada program itu akan diteruskan lagi atau tidak.
"Ketika ini, saya tidak lagi terlibat dengan sebarang aktiviti seni. Cuma saya masih lagi terbabit dengan Digi Superstar kerana terikat dengan kontrak setahun. Apapun, saya tidak menganggap diri saya sebagai artis lagi sekarang."
"Sudah lama keputusan ini saya buat, sebelum tercetusnya kontroversi itu lagi. Biarlah saya jadi seperti orang biasa. Dan saya amat gembira dengan hidup saya sekarang," kata Waheeda yang menambah dia mempunyai perancangan dan projek sendiri untuk dilakukan selepas ini.
Ditanya adakah subjek perkahwinan juga menjadi salah satu perancangannya selepas ini, sambil ketawa, kata Waheeda, dia hanya berserah tentang perkara jodoh kepada Allah.
Namun, sengaja diusik sama ada Akhil adalah lelaki yang akan bergelar suaminya kelak, Waheeda menjawab:
"Kalau dah namanya jodoh, kita tolak macam mana pun, tetap ia adalah jodoh. Benda macam ni, kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Jadi, tunggu saja lah."-mstar
LANUN : Gua harap wahida jumpa ketenangan yang die carik...ketenangan tu ada..hanya pada islam..
7 komen disini yer..:
lakonan je kot tue...besela org seni... tul tak lanun....hahhaa
he3.. bese lerzzz.. jap g ader lak yang tibe2 cakap.. seni dah sebati dengan darah daging saya..tak boleh nak tinggal...
hahahha..pandai2 jer antuma berdua..
he3.. mmg pun...
emm..poligami Allah izinkan antara sebabnye nk bela org pmpuan yg susah (e.g :janda)..tp jgn salah gune dah la..peringatan bt LELAKI dan WANITA..rumah tangga sndiri jgn dkucar kacirkan, apetah lg rumah tangga org lain..huhu..na'uzubillah~
batul tu chekzu..Allah benarkan poligami dengan sebab tertentu..tapi zaman skrg dah banyak yg disalahgunakan..
lanun rasa media pun jadi faktor gak pada kes ustaz kiter nie... kadang2 yang baik nampak jahat dan sebaliknya... angkara media a.k.a TV.
Post a Comment