KUALA LUMPUR, 27 OGOS: Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh telah meninggal dunia dalam penerbangan di Singapura.
Beliau merupakan Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan pertama yang dilantik.
Arwah yang merupakan bapa kepada enam orang anak, pernah menyandang tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.
Beliau dilahirkan di Pasir Mas Kelantan pada 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Record sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Doktor Falsafah.
Beliau pernah melanjutkan pelajaran di University Illinois pada 1973 dan memulakan tugasnya sebagai pensyarah Jabatan Ekonomi Analisa Universiti Kebangsaan Malaysia sekembalinya ke tanahair.
Jenazah beliau akan dikebumikan petang ini di Kajang.
LANUN : Al-Fatihah..

2 komen disini yer..:
innalillah...trase keilangn seorg y istimewa..y byk mnyumbang kpd pnddkn..cekal n tabah berusha 2k blaja dperingkat lbh tggi walopn kurang upaya..ptt jd teladan..kelemahn bkn penghalang 2k berjaya..insaf2.huhu
em2.. dier mmg hebat.. jd teladan buat kiter.... berusaha semua!!!
Post a Comment