Hari ni gua memang tak tau la apasal tibe2 rasa nak buat post berkaitan masak-masak pulak... Al maklumlah, dapur LaNuN mane pernah berasap..tibe-tibe citer pasal masak pulak kan.
Punca dier.. tengahari tadi gua teringin pulak makan paprik.. (org makan..teringin jugak..he3) Walaupun mak gua masak lain hari ni.. Tapi hati ni meruntun nak paprik...nak paprik..nak paprik.. (hati ke perut yang meruntun ha??)
Sedap kan paprik.. gua mana-mana pun layan.. paprik daging boleh paprik ayam pun boleh.. Dalam masakan paprik ni bagi gua ada beberapa elemen yang penting ( masak tak tau pun..he3)
1. Rasa of course la kan...
2. Bau dier tu.. Aroma... paprik nie dier wangi..sebab ada daun limau..
berkeroncong perut gua citer pasal paprik ni.. Korang leh la dapatkan paprik di kedai2 berdekatan tempat tinggal anda...he3.. Tapi.. Ada satu lagi pilihan beb... Masak sendiri..
Ye lar.. masak la.. tau makan jar.. masak kena tau jugak..he3.
Ni Resipi kita untuk hari nie...
PAPRIK AYAM... (kreuk....)
SELAMAT MENCUBA!! TAK CUBA PUN TAK PA..BACE JER..BAYANGKAN...HE3
sumber : http://www.myresipi.com/
Bahan-bahan ( 2 orang )
* 1/2 ekor ayam
* [ Bahan kisar ]
* 1 inci kunyit
* 2 batang serai
* 10 biji cili padi
* 3-4 ulas bawang putih
* 1 inci lengkuas
* sedikit belacan
* [ Bahan hias ]
* 4 helai daun limau purut
* 1/2 biji bawang besar dihiris nipis
* sedikit garam, gula dan perisa
* 1 keping asam keping
Cara-cara
1. Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Lumurkan dengan sedikit garam.
2. Goreng ayam sehingga separuh masak
3. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing
4. Masukkan ayam, asam keping, daun limau purut, bawang besar, garam, gula dan perisa serta sedikit air.
5. Masak sehingga ayam masak sepenuhnya
LANUN : Ni resipi untuk 2 orang jar.. suami and isteri..
keluarga paprik keluarga bahagia... :-) he3
keluarga paprik keluarga bahagia... :-) he3
6 komen disini yer..:
cik coklat ungu leh la masakkan untuk krew LaNuN k...he3
hehe...macam yg beta tapau smalam jerrr niii
he3... ni lg sodap wo...cik coklatungu...
hehehe...kalo Mr. lanun masak msti sdap ni..nak2.....mengidam..nnti mati x smpat makan...
mengidam senang jar...oder ler kat kedai... zaman serba canggih...he3 SMS jar tokey restoran..kang mai ambik...
taip ON PAPRIK hantar ke 338822
he3
tori niku no paprik? ~ oishii!!!
Post a Comment