13 August 2009

PERMATA YANG BERSINAR.....Allahyarham Ustaz asri..


ARTIKEL INI SATU PENGHARGAAN KEPADA ALLAHYARHAM USTAZ ASRI...

Salam....


Gua tulis post nie dalam perasaan sedih kerana Negara kita malaysia telah kehilangan satu permata seni yang bersinar selama ini dalam industri Nasyid.. Iaitu Ustaz Asri Ibrahim. Beliau baru sahaja mengjangkau umur 40 pada 3 ogos baru2 ini..




PENGHIBUR & USTAZ

Wlaupun gua tak ikut sangat perkembangan Allahyarham tapi gua dan kawan2 gua n ramai lagi diluarsana yang cukup meminati lagu nasyid dari Rabbani. Ustaz Asri bukan sahaja penasyid..tapi turut boleh memberi motivasi dan tazrikah..
















INSAN YANG WARAK
Allahyarham juga merupakan seorang yang warak.. Menurut kawan sekolahnya...

"Pemergiannya tidak disangka-sangkakan kerana tidak pernah tahu bahawa beliau sakit jantung. Saya mengenali beliau sewaktu masih kecil sebagai budak baik sewaktu mengajarnya di sekolah dahulu. Beliau adalah anak murid paling baik dan berakhlak. Tetapi setelah menjadi terkenal dalam kumpulan nasyid dia adalah rakan saya yang amat dikagumi.

Menurut rakan-rakannya yang lain beliau adalah seorang yang warak, tidak pernah dilihat meninggalkan solat malam walaupun sibuk dan letih dengan persembahan."
















JASA USTAZ KAMI KENANG


Kita sepatutnya bersyukur kerana Rabbani telah menyediakan kita alternatif kepada hiburan-hiburan lain yang melalaikan.. sekiranya artis-aartis nasyid ini tidak ada.. Maka kita telah berdosa kerana ia merupakan satu fardhu kifayah untuk menyediakan satu hiburan yang islamik dan tidak bercanggah dengan Islam..

Lagu2 Nasyid yang berunsurkan nasihat, zikir,selawat telah banyak ditinggalkan oleh Ustaz Asri melalui banyak albumnya sama ada solo atau bersama Rabbani.. Ini merupakan sumbangannya kepada Islam.. Dan ia akan kami kenang... akan kami dengar dan hayati... Gua turut menyeru korang untuk support industri nasyid... Ini hiburan yang sebenar, hiburan yang mendidik..



HARAPAN
















Takziah kepada keluarga Allahyarham.. Kami di LaNuNsepet berharap kalian bersabarlah di atas ujian ini dan teruskan berdoa untuk Allahyarham Ustaz Asri.. Kepada anak-anak Ustaz, kami harap jadilah Insan sehebat ayahanda mu..

Semoga Roh Allahyarham Ustaz Asri Dicucuri rahmat.. Kami peminat mu sentiasa Mendoakan agar roh mu ditempatkan bersama orang2 yang soleh...


TRIBUTE TO USTAZ ASRI....











ANTARA ARTIKEL DARI BLOG ALLAHYARHAM :
http://asrirabbani.blogspot.com/

Artikel Pertama di Blog Ustaz Asri

Salam Ta'aruf buat semua yang sudi menatap halaman ini. Mungkin ianya tidak seindah dan tidak sehebat halaman-halaman peribadi yang lain, tapi percayalah kesederhanaan ini datangnya tulus dari lubuk hati saya yang maha dalam sebagai wadah perkongsian rasa buat semua. Rasanya dengan wasilah halaman ini saya akan merasa dan dirasai lebih mendekat.... selalu-selalulah ziarahi halaman peribadi saya ini.
Terima kasih buat isteri dan anak-anak yang amat mengerti dan memahami setiap langkah perjuangan 'abi'.

Terima kasih teman-teman di dalam RABBANI yang sentiasa memelihara ikatan ukhwah dan berkongsi rasa antara kita.

Terima kasih sahabat-sahabat saya nun di luar sana (yang tak mampu untuk saya senaraikan) yang sentiasa memberi semangat tanpa prejudis.

Terima kasih buat para peminat RABBANI yang sentiasa mendukung dan setia selamanya hingga membawa nafas kami hingga ke hari ini.

Terima kasih pada semua....
Inilah ole-ole buat kalian yang selamanya di hati saya.
Moga-moga kita di bawah naungan cinta-NYA. Amin Ya Rabbul A'lamin.


Artikel : PESAN AYAH (Ustaz tulis untuk anak-anak nya)

anakku...
jagalah ALLAH nescaya DIA menjagamu
dirikanlah solat moga dirimu selamat
peliharalah hukum Tuhan; pasti DIA melindungimu

anakku...
cintailah Nabimu ~
kasihanilah Rasulmu ~ ingatilah Baginda
saat orang melupakannya ~
menghinanya dan berpaling darinya
itulah bukti siapa ummatnya ~siapa khianatinya...
mudah-mudahan dirimu
beroleh syafaat uzmah
di sini dan di sana nanti

anakku...
renangilah lautan ilmu yang tidak terbatas
jika mampu selamilah ke dasarnya
tapi ingat... selalulah berserah kepadaNYA

anakku...
ilmu mampu menjagamu ~ menyelamatkanmu
ilmu jalan menuju bahagia dunia akhirat
ilmu menuntunmu saat kegelapan
ilmu adalah harta yang tak pernah berkurangan

anakku...
tiada ertinya segala amal ibadahmu
jika melukai hati ibumu walau seguris cuma

anakku...
akan hilang keberkatan hidupmu
andai bergetar hampa naluri seorang ayah


Blog Widget by LinkWithin

3 komen disini yer..:

CoKLaT uNGu said...

Kesedihan melanda....

LaNuNsepet said...

http://idhamlim.blogspot.com/2009/08/belasungkawa-ustaz-asri-bila-bila-pun.html
maklumat lanjut n penuh belasungkawa Ustaz asri..

LaNuNsepet said...

sedih ar baca n tulis artikel nie...hu3... pesanan2 kat anak die tu..gua pun sedih baca....