Salam...
Ni citer lama, tapi baru ni nak citer, 24 Mei aritu pergi ke bank untuk cash kan cek pertama Lanun dari Nuffnang. Teruja jugak bila hasil daripada berblogging kini berada depan mata, cuma tinggal satu step jer lagi, masukkan duit ni kedalam akaun bank Lanun. (actually peristiwa ni berlaku 24hb mei duit Masuk 27 mei)
Untuk mudahkan Lanun sendiri, Lanun akan masukkan duit ni kedalam Bank Islam. Bukan sebab ape, tu lah bank yang senang nak capai pun. Selain tu, sekurang kurangnya ni satu support tanda sokongan pada perbankkan Islam betul tak? Ok, Lanun akan cerita bagaimana caranya nak masukkan duit cek nuffnang ni dalam akaun kita kat bank, tanpa beratur atau tunggu giliran untuk ke kaunter bank.
1. Pergi ke bank yang akaun korang aktif, tak kisah bank apa (yg ada mesin deposit cek)
2. Pergi ke bahagian pertanyaan minta Borang Deposit Cek
3. Hati hati leraikan cek nuffnang dari surat asal.
4. Isi borang tersebut, antara yang kena isi ialah :
a) No telefon & Nama
b) Nombor akaun bank anda (if korang pergi ke CIMB, akaun CIMB korang lah kan)
c) Bank / bank pembayar adalah HSBC (seperti yg tertulis kat cek)
d) Tempat lak isi K. lumpur (sebab kat cek tu tulis HSBC K. lumpur)
e) Amount / RM tuliskan nilai kat cek tu tulis (bahagian komisyen biarkan kosong)
f) Nombor Cek (di bawah cek nuffnang yang dalam kotak merah tu ha 6 angka yer anak anak)
picts by : spblogger.com edited by : lanunsepet
5. Lepas isi yang Lanun nyatakan kat atas tu pergi ke belakang cek nuffnang isi
a) Nombor akaun bank korang
b) Nombor telefon
c) Nama korang
6. Masukkan cek nuffnang kedlm sampul yg di attach sekali dengan borang deposit cek tu.
7. Semak, n Ceraikan salinan pelanggan dari borang cek (selalunya warna kuning)
8. Pergi mesin deposit cek, masukkan sampul tu ikut arah anak panah.
9. Ambil resit yang keluar selepas kita masukkan sampul cek.
10. Dalam masa 3hari bekerja, duit akan masuk ke akaun (kalau tak ada masalah)
11. Simpan resit dan salinan borang deposit cek. (untuk rujukan jika ada problem)
Hasil deposit cek Lanun selepas 3 hari :
Hasil deposit cek Lanun selepas 3 hari :
Nilai didalam tu adalah "auta" semata mata....
24 Mei depositkan cek dan 27Mei dah masuk duit.
24 Mei depositkan cek dan 27Mei dah masuk duit.