26 January 2011

Kelebihan Amal Al-Mathurat

2 komen disini yer..
Credit n artikel asal Mujahideen-islam.blogspot.com/ [Blog Zaim]
DOWNLOAD / View Al Mathurat di Scribd : Klik Di sini


Kelebihan al-mathurat adalah
  • tidak dihampiri syaitan, 
  • rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini, 
  • Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat, 
  • orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga, selamat dari segala sesuatu, 
  • Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya, 
  • Allah berhak untuk meredhainya, tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudharat ke atasnya, 
  • terhindar daripada syirik, selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun, 
  • dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang, 
  • berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat, 
  • sesiapa yang membaca di waktu pagi, 
  • akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi, 
  • mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, 
dan berbagai lagi kelebihan lagi.

Perlu diketahui bahawa ketahanan al-mathurat hanya selama 12 jam dan itulah sebabnya jika kita membaca selepas subuh, maka perlu diperbaharui selepas waktu asar. Dan menjawab kepada golongan yang berkata al-mathurat ini bida'ah atau tidak harus dibaca, mereka yang berkata sedemikian perlu mendalami apa konsep sebenar bida'ah dan kenapa mereka hendak menghalang orang lain untuk beramal dan men'taqarrub'kan (mendekatkan diri) kepada ALlah swt sedangkan wirid ini tidak bercanggah dengan Quran dan Sunnah RasuluLlah. Bahkan Islam sendiri mengajar umatnya dalam arena dakwah untuk "bercakap lebih mengenai syurga daripada neraka" dan "memperluas konsep sunnah daripada bida'ah". Seperti mana firman ALlah di dalam Al-Quranul Karim:
يَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّداً وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya orang yang benar-benar percaya pada ayat-ayat kami adalah apabila mereka diingatkan dengan ayat-ayat itu, mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah berlaku sombong (Surah As-Sajdah ayat 15).

Permohonan Program Pengajian Pensiswazahan Guru NPGH (PPPG NPQH) Ambilan 2011

0 komen disini yer..
p/s : Salam.. Kali ini versi update dari  Mukah, dah 3hari Lanun kat sini Alhamdulillah semua lancar and Lanun dah beli motor baru Honda wave 100 he3 untuk memudahkan pergerakan.  InsyaAllah ade update pape Lanun akan share. Jumpe lagi..

Permohonan Bagi Mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan Program Pengajian Pensiswazahan Guru NPQH (PPGB / NPQH) Anjuran Bersama Institut Aminuddin Baki (IAB) Dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) 2011 – 2013.

Borang pemohonan yang telah lengkap dan disokong oleh Ketua Jabatan tuan mestilah sampai ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing pada atau sebelum 12 Mac 2011. Manakala semua borang permohonan dari JPN ke Institut Aminuddin Baki (IAB) pada atau sebelum 9 April 2011 di alamat :

PENGARAH
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
69000 GENTING HIGHLANDS
PAHANG DARUL MAKMUR
(UP: Penyelaras Program NPQEL)

DOWNLOAD : Borang Permohonan Disini

Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

23 January 2011

Lanun Kini Di Sarawak.. Merantau di Bumi Kenyalang..

10 komen disini yer..
Salam...
Alhamdulillah perjalanan 2 jam lebih kurang dari LCCT ke Kuching telah pun selesai. Semua nya selamat dan sekarang ni Lanun kat airport Kuching menunggu twinotter MasWing untuk ke Mukah. Semoga semuanya selamat.









14 January 2011

17 Warga Chicago Peluk Islam Setelah Lihat Iklan Di Bas

6 komen disini yer..
Beberapa waktu lalu, artikel Gain Peace, Berdakwah Lewat Bas Kota mengeluarkan laporan tentang kegiatan kempen tentang Islam dengan cara memasang iklan di badan bas, yang dilakukan organisasi GainPeace di Chicago.

Kegiatan yang dilakukan organisasi ini ternyata membuahkan hasil, bukan hanya mampu membetulkan pandangan masyarakat Barat yang salah tentang Islam tapi setelah melihat iklan di badan bas tersebut, ada 17 warga Chicago yang menyatakan diri masuk Islam.



Salah seorangnya adalah Leslie C. Toole, seorang guru di Chicago yang sudah sepuluh tahun berkeinginan memeluk Islam. Tekadnya menjadi seorang Muslim akhirnya terlaksana setelah ia melihat iklan GainPeace di badan bas

"Saya tidak pernah sungguh-sungguh. Tapi ketika saya melihat iklan itu, saya sadar bahwa itulah akhir dari pertanda dimana saya harus melengkapi niat saya," kata Toole.

Toole mengaku pertama kali mengenal Islam secara tak sengaja. Sepuluh tahun lalu, seorang laki-laki memberinya selebaran dan mengatakan ia akan mendapatkan pencerahan dari risalah itu. "Saya pun membacanya, berulang kali dan memastikan saya memahami apa yang sedang saya baca," Toole mengisahkan.

"Bagaimana menjadi seorang Muslim, itulah yang menjadi pertanyaan utama saya," sambung Toole sampai akhirnya, ia melihat iklan tentang Islam di bas-bas Chicago Transit Authority (CTA) bertuliskan "Got Questions? Get Answers" dan langsung menghubungi nombor telefon yang ada di bas tersebut.


Setelah mendapatkan penjelasan dan berdiskusi dengan pihak GainPeace, Toole mengucap syahadat pada Isnin, 29 September 2008. Kisah Toole masuk Islam hampir serupa kisah 16 Muslim Chicago lainnya yang memilih masuk Islam setelah melihat iklan GainPeace di bas-bas CTA.


Menurut Toole, iklan layanan masyarakat GainPeace yang dipasang di bas-bas merupakan idea hebat untuk menarik perhatian masyarakat. Setelah masuk Islam, Toole yang memilih nama Ilyas sebagai nama Islamnya juga mendapatkan bimbingan seorang mentor dari GainPeace.

"Saya sangat berterimakasih dengan mentor saya yang sudah sangat membantu. Beliau memberikan saya banyak buku agar saya dapat banyak belajar tentang Islam," kata Toole.

GainPeace juga memberikan layanan belajar Islam online setiap seminggu sekali untuk para mualaf, dimana mereka bisa belajar apa saja mulai dari cara solat, cara hidup seorang Muslim bahkan bahasa Arab.

Toole atau Ilyas mengatakan, semakin banyak ia tahu tentang Islam, ia semakin percaya diri bahwa ia sudah membuat keputusan yang benar. "Agama ini betul-betul sempurna bagi saya. Sulit untuk menjelaskannya ketika anda mengetahui sebuah kebenaran. Anda akan merasakan perasaan yang begitu mendalam di hati sanubari anda bahwa anda telah menemukan rumah yang benar," papar Toole.

Seperti diberitakan sebelumnya, GainPeace menggelar kempen dengan memasang iklan layanan tanya jawab tentang Islam di bas-bas CTA pada tanggal 19 September sampai 20 Oktober lepas. Dan iklan itu diperpanjang sampai 23 November mendatang kerana mendapatkan respon positif dari masyarakat Chicago.

Organisasi itu mengeluarkan dana sebesar US$30.900 dollar sebagai biaya pemasangan iklan 25 bas CTA yang melayani jalantaya di seluruh Chicago. Setelah iklan itu tampil, GainPeace menerima ribuan telefon dan lamanwebnya dikunjungi lebih dari 300.000 orang.

GainPeace juga memberikan al-Quran dengan terjemahan berbahasa Inggreis, majalah The Message on Prophet Muhammad serta risalah dan buku-buku Islam bagi mereka yang ingin tahu lebih jauh tentang Islam.

Pengarah GainPeace, Sabeel Muhammad mengatakan pesanan dari iklan itu adalah untuk menimbulkan minat masyarakat terhadap berbagai informasi tentang Islam, sehingga bolehbmeluruskan penafsiran-penafsiran yang salah tentang Islam.

Selain GainPeace, kempen serupa juga dilakukan ICNA, organisasi Muslim yang berpusat di New York dan memiliki 22 cabang di seluruh AS. Namun ICNA baru melakukan kempen itu di Seattle dan New York. Di New York, ICNA menampilkan lebih dari 1,000 iklan layanan tanya jawab tentang Islam di stesyen-stesyen kereta bawah tanah.

Kerana kempen dengan cara itu berjaya, kota-kota lainnya di AS dan Kanada sudah meminta bantuan agar ICNA juga melakukan kempen yang sama di kota-kota tersebut.

Artikel Asal : Blog IdhamLim 
Email daripada : Radin

Koleksi Gambar Terbaik 2010 dari The Big Picture

1 komen disini yer..

Salam...
Lanun kongsikan disini koleksi gambar gambar yang yang telah diambil dari pelbagai pihak sama ada individu atau kumpulan media sepanjang tahun 2010 berlansung. Ia adalah koleksi rakaman statik bagi pelbagai peristiwa, tragedi, pemandangan dan bermacam macam lagi yang cukup menarik bagi peminat fotografi.

Gambar ini telah pun di kumpulkan dalam 3 bahagian Part 1,2, dan 3. Untuk melihat foto tersebut boleh lah klik pada link yang Lanun sediakan di bawah ni :

2010 In Photos : Bahagian Pertama 1
2010 In Photos : Bahagian Kedua 2
2010 In Photos : Bahagian Ketiga 3

13 January 2011

Hukum Guna Pakai Jersi dan Sticker Jenama M U, Liverpool, Carlsberg dan Bank Konvensional Yang ada Riba

1 komen disini yer..

Salam...
Lanun kongsikan di sini satu artikel yang Lanun baca dari Harian Metro dalam kolum Ustaz Zaharuddin yang menjawab soalan seorang yang bertanyakan hukum memakai baju yang mengandungi logo simbol perkataan yang diragui hukumnya. 

Mari kita ikuti penjelasan bagaimana ia boleh jadi Harus, Makruh atau jatuh Haram serta berdosa. Dengan keadaan tertentu sahaja ia akan jatuh haram. Jom baca sampai habis, semua ada manfaat buat kita.

11 January 2011

Semoga Ustaz Misbahul Munir Cepat Sembuh..

1 komen disini yer..
Ust. Misbahul Munir Hj. Masduki yang terlibat dengan kemalangan di Lebuhraya PLUS dekat Behrang kelmarin sedang dirawat di Hospital Tuanku Bainun Ipoh. Kelihatan Hj. Razman Zakaria yang datang menziarahi beliau.

Semoga Ustaz Misbah cepat sembuh... aaminnn...
Sumber : Blog Cina Islam.

Drama Melayu Arahan Sheila Rusly "Sakti Delima" diarahkan berhenti siaran oleh LPF

2 komen disini yer..

Drama "Sakti Delima" dpt arahan hentikan siaran dari LPF Lembaga Penapisan Filem (Harian Metro - Sheila Menangis) pasni harap harap Kerajaan dan Pihak LPF kurangkan juga drama yg seumpamanya.

Dan... xlupa drama INDON yg jugak banyak tanam sifat tak baik dlm hati penonton dengan hasad dengki, sihir, culik, bunuh, dan macam macam lagi. sampai rungsing tengok drama dieorang. Pas tu filem OMPUTIH? Drama mat saleh? unsur seks lucah dan keganasan? Jangan berat sebelah..

Sesetengah orang akan kata " macam mana la filem orang melayu /tempatan nak berkembang ". Tapi sudikah anda sekiranya filem kita maju macam Hollywood, tapi hati dan pemikiran masyarakat kita dibelenggu perbuatan mungkar.

Penyelesaian : Produser kena bawak berbincang dengan ulamak dan ahli akademik untuk membuat satu formula filem atau drama yang "amal makruf nahi mungkar". Lihat balik ape yang sedang di hidangkan pada jiwa rakyat penonton TV.

Tengok Episod Sakti Delima?http://www.youtube.com/watch?v=Du8z-FacWrA

10 January 2011

Ice Age akan Kembali Dengan Ice Age 4 : Continental Drift

3 komen disini yer..

Salam... Kesian tul Lanun tengok Scrat (tupai dalam Ice Age) kali ni angkara dia dan kacang yang selalu dia pegng tu membawa satu lagi "disaster" kat bumi. Dalam Ice Age 4 terbaru Scrat adalah dalang pembahagian benua benua yang ada pada bumi hari ni. Kelakar betul.. jom kita tengok trailer bawah ni..

07 January 2011

Perlantikan SUK Khusrin : Lanun kata ini tidak adil

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun sebagai seorang rakyat Malaysia yang waras tak bersetuju dengan perlantikan Datuk Khusrin sebagai SUK negeri Selangor. Kita tahu negeri selangor ni di perintah oleh Pakatan Rakyat jadi tindakan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri dari kalangan orang yang pro BN adalah tidak wajar.

Bayangkanlah sebuah kelab antidadah melantik SU nya dari orang hisap dadah? (kiasan jer ni)

Hormatilah negeri Selangor, dan bersainglah dengan adil. Tak kira kita BN atau PR kita ada misi yang sama. Mewujudkan Malaysia yang aman dan berkebajikan.

Sekian...