22 August 2011

Sekadar pendapat..

Salam..
Memang isu akidah sesuatu yang tak boleh kita tolak ansur, tetapi dalam aspek negara kita hari ini perlulah berhati hati kerana ia melibatkan pelbagai pihak. Bukan lah maksudnya disini kita diam atau mengundurkan diri tunduk akur.. tetapi kita nak menyelesaikanya dengan cara berhikmah.

Laporan dan video serbuan yang tersebar di blog blog individu yang tidak berakhlak menyebabkan Lanun ragu ragu bagaimana mereka boleh mendapatkan nya? padahal JAIS sendiri mengatakan ia adalah rahsia? kita bukan seperti dilaporkan hendak jaga hati orang non muslim tetapi kita juga hendak menjaga imej Islam dalam menyelesaikan perkara ini.

Walau apa pun Islam tetap tegas dalam isu Murtad. Hati hatilah dengan berita yang anda baca di blog yang kandungannya lebih kepada bahan maki hamun dan lucah. Ada elemen fitnah yang ditambah supaya ia memberi manfaat pada sesuatu pihak.
Blog Widget by LinkWithin

1 komen disini yer..:

azman said...

Bnayak sangat yg beremosi bila isu ni timbul....kena berhati2 dalam isu ni itu jer..