Salam..
Lanun rasa sangat gembira dengan kemenangan parti FJP Freedom Justice Party atau pun Ikhwanul Muslimin sebagai Presiden baru Mesir. InsyaAllah khamis ini keputusan rasmi akan di umumkan. Semoga kemenangan Ikhwanul Muslimin di hormati semua pihak termasuk Amerika dan Boneka Boneka Amerika. Walaupun Lanun tahu zionis dan amerika pasti takkan merestui Dr Morsi dan Ikhwanul Muslimin.
Selain itu apa yang Lanun bimbangkan adalah SCAF, kuasa tentera yang pro zionis dan pro mubarak. Mereka ini (SCAF) dengan jelas penyokong perjanjian dengan Israel yang terus menerus meneka Palestin. Lanun harap SCAF merelakan perubahan kuasa dengan aman dan tidak menggangu pemerintahan Dr Morsi nanti.
Jika SCAF masih lagi campur tangan dan menghalang kerja bakal Presiden Mesir ini, Lanun doakan semoga Allah menghancurkan SCAF yang menjadi talibarut yahudi dan presiden zalim Mubarak.
Ya Allah peliharalah pejuang2 Islam di Mesir, peliharalah Dr Morsi, peliharalah ikhawanul muslimin peliharalah pejuang Islam seluruh dunia. Allahuakbar!!