Salam...
Semua tahu tentang musim hujan yang melanda kawasan utara tanah air kita. Selepas edisi hujan yang tak henti henti menyebabkan banjir di negeri Kedah dan Perlis. Menurut berita, banjir ini lain dari yang sebelum ini, bermakna ia lebih teruk. Selain tu dari maklumat yang Lanun terima kawasan di Kuala Nerang yang sebelum ini tidak pernah banjir sehingga ke paras gadu kini pada beberapa hari lalu ia terjadi.
Lanun harap semua beri kerjasam pada unit penguatkuasa, sekiranya diberi arahan berpindah sila patuh. Jaga keselamatan dan utamakan nyawa dan dokumen penting. Semoga semua mangsa yang terlibat bersabar dengan ujian ini.
Gambar ehsan dari Kedahlanie.blogspot.com ( berita terkini dari kedah )
“Tidak pernah sepanjang hidup selama 67 tahun kawasan kami dinaiki air termasuk ketika Kedah dilanda banjir besar pada 1999 dan 2005, tetapi (banjir) kali ini, kami turut terjejas.” Itu luahan penduduk Hutan Kampung, dekat sini, Mokhtar Ahmad, 67, yang terkejut apabila kawasan tempat tinggalnya dinaiki air sehingga sedalam dua meter semalam.