Salam...
Hangat juga cerita ni, apabila seorang gadis 22 tahun yang kerap ghaib bila tiba waktu senja dan tengah malam, ghaib dan muncul dan ditemui di lokasi yang berlainan. Berani punya jin sampaikan ramai ramai kawal rumah gadis ni pun, Siti Balqis ni tetap ghaib. Memang berani punya Jin lar. Antara tempat munculnya semula siti Balqis adalah :
- tanah perkuburan
- atas pokok
- atas siling
- terbaru di dalam mesin pembancuh simen berdekatan rumahnya
Dulu, kat kampung Lanun pernah terjadi macam ni dan kawan Lanun juga pernah juga diculik oleh Jin / makhluk halus. Kita harus faham bahawa mereka adalah seperti kita punyai akal dan nafsu, ada jahat ada baik. Tapi dalam kes ini tak tahu la sebab apa, tu kena la tanya bomoh bomoh dan ustaz ustaz yang telah datang membantu gadis ni.
Tapi bomoh bomoh ni jangalah percaya sangat, Ustaz InsyaAllah boleh percaya tapi tetaplah berhati hati dengan orang menyamar Ustaz. Selepas kejayaan menagkap 9 jin dan dimasukkan kedalam botol dan balang, ramai penduduk sekitar amik gambar jin tersebut, ada tak sapa sapa yang dapat gambar atau video jin yang ditangkap dari rumah siti Balqis?