Showing posts with label george bush. Show all posts
Showing posts with label george bush. Show all posts

26 October 2010

Video Bekas PM Australia John Howard Dilempar Kasut Dalam Siaran TV Kerana Isu Perang Iraq

8 komen disini yer..

Semalam di Sydney, seorang lelaki (Gray) yang membantah perang Iraq melempar kasutnya ke arah bekas Perdana Menteri Australia semasa siaran langsung rancang televisyen, meniru tindakan seorang lelaki Iraq ke atas bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush, di Baghdad dua tahun lalu.

Peter Gray melempar kasutnya ke arah John Howard, sekutu kuat Bush dalam perang Iraq, semalam selepas menuntut bekas pemimpin itu menjelaskan keputusannya untuk menghantar 2,000 askar bagi menyokong pencerobohan Iraq yang diketuai AS pada 2003.

“Ini untuk rakyat Iraq yang terkorban!" jerit Gray ketika melempar kasutnya ke arah Howard semasa rancangan "Q&A" Australian Broadcasting Corp. Kasut beliau tidak mengenai sasaran dan beliau dibawa keluar dari studio.

Semasa siaran langsung itu, Howard beberapa kali didesak menjelaskan keputusannya untuk menyokong perang Iraq.

“Saya rasa ia perlu. Saya rasa terdapat kesilapan selepas operasi ketenteraan berakhir. Saya rasa terlalu kurang anggota tentera...," katanya. - AP

Lanunsepet : Tengok kenyataan bekas PM Australia yang kat atas ni?dia cakap tak cukup tentera? Dia tak  endah betapa tambah buruknya hubungan Muslim dan Non Muslim selepas perang? Berapa ramai yang terkorban? Mereka hanya mahu MINYAK  atau EMAS HITAM. betul tak?