Salam...
Kapal bantuan kemanusiaan viva palestina yang dalam misinya ke semenanjung gaza telah dirampas tentera israel laknatullah. Kapal tersebut Rachel Corrie adalah kapal terakhir yang tekad meneruskan perjalanan misi ke gaza demi membantu rakyat Palestin. Walaupun kapal kapal lain telah digagalkan misi bantuan mereka dengan siri pembunuhan kejam tentera Israel pada 9 aktivis, tapi mereka tekad meneruskan perjalanan.

- Dikepung sejak pagi tadi, Kapal Rachel Corrie disahkan di tawan tentera Israel laknatullah pada 5 jun 2.45 pm petang tadi.
- PM Israel Benjamin Netanyahu LAKNATULLAH menegaskan Rachel Corrie tidak akan berpeluang mencecah pesisir pantai Gaza.
- Kapal ini ditaja oleh NGO Malaysia, Perdana Global Peace Organisation (PGPO)
- Isi muatan adalah bahan binaan, makanan, perubatan, pendidikan dan tiada senjata!!
- Enam aktivis daripada Malaysia, termasuk 2 wartawan penyiaran turut serta dalam pelayaran itu.
Jelas kat sini Israel memang tidak akan benarkan sesiapa pun membantu Palestin, mereka takut dan mereka sentiasa hidup dalam ketakutan sebenarnya. Misi ke Gaza walaupun gagal untuk menyampaikan bantuan tapi jangan bersedih kerana mereka telah melaksanakan tanggungjawab sebagai saudara seislam.
Isu ni bukan isu agama, ia kini merentasi semua agama dan bangsa. Ia adalah isu antarabangsa yang melibatkan semua orang. Kekejaman bertambah jelas dan berharap ia akan membuka mata mata yang selama ini tertutup. Jelas tidak berperi kemanusiaan dan membabi buta penuh biadap!.
Bukalah mata bukalah hati lihat lihat lihat... Siapa kah PENGGANAS yang SEBENARnya???