Showing posts with label lebih dari seorang. Show all posts
Showing posts with label lebih dari seorang. Show all posts

04 August 2010

Bacaan Doa Berbuka Puasa

18 komen disini yer..
Salam..
Lanun rasa gembira sangat kali ini Blog Lanunsepet masih lagi bertahan dan kini dah nak masuk bulan Ramadhan. So ada banyak persiapan kita kena buat. Rohani dan Jasmani. Di bawah ni adalah satu doa untuk berbuka puasa. Dulu masa kat umah Lanun lar tukang baca doa, emm.. rindu saat tu.  

So, jangan main sebat jer makanan tu, lebih afdhal kita baca doa ini sebagai tanda bersyukur kita pada Allah Yang Maha Pemurah memberi rezeki pada kita.

Doa berbuka untuk seorang :

Lafaz : Allahumma laka suomtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthortu birahmatika ya arhamarrohimin..

Maksud : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa berbuka untuk berjemaah / sekeluarga / beramai ramai :

Yang atas ni untuk ber seorangan, untuk ramai ramai sila tukar perkataan "tu (ta + wau)" kepada "na ( nun +alif). Barulah maksud ayat "aku" bertukar kepada "kami". Contoh nya seperti dibawah : 


Lafaz : Allahumma laka suomna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika afthorna birahmatika ya arhamarrohimin..
Maksud : Ya Allah bagi Engkau Kami berpuasa dan dengan Engkau beriman Kami dengan rezeki Engkau Kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Credits to : http://panjangakal.com/ & http://www.chokilala.com/ & http://www.kujie2.com/ & http://zelo55.com/