Showing posts with label pas. Show all posts
Showing posts with label pas. Show all posts

15 June 2010

Nadi Perjuangan Allahyarham Ustaz Hassan Akan Terus Berdenyut

2 komen disini yer..
Jenazah Allahyarham Ustaz Hassan selamat dikebumikan 10.25 pagi tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang - sumbangan almarhum kepada perjuangan Islam di Malaysia dan dunia Islam tidaklah dapat diungkapkan dengan catatan tulisan yang memenuhi penulisan sejarah yang pernah dibukukan.

Beliau menambah, sesungguhnya, nadi perjuangan yang ditiupkan oleh almarhum akan terus berdenyut dalam PAS, merupakan satu contoh kepimpinan parti yang gigih dan istiqamah di kala senang dan susah, untuk memimpin ahli dan seluruh warga parti tanpa mengenal jemu dan lelah. Berita Penuh HarakahDaily

Lanun juga mengucapkan terimakasih tidak terhingga kepada Allahyarham atas jasa perjuangan beliau yang begitu banyak dalam PAS. Lanun rasa sedih kehilangan seorang pejuang yang begitu istiqamah. Walau tidak kenal tapi tetap rasa sedih. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama sama para solihin. Takziah pada keluarga ustaz Hassan Shukri. Alfatihah...

Gerunlah kamu wahai musuh islam, pejuang yang lebih hebat akan muncul!!

09 January 2010

Ramai Kecewa Dengan Peristiwa Hitam Semalam....

2 komen disini yer..
Salam...
Huh, Semalam merupakan hari yang betul sedih n mengecewakan bagi Malaysia, mane taknya, korang pun tau aper yang dah jadi semalam. tempat ibadat sahabat kita diserang oleh pihak mane ntah!!.. Onar..mmg betul onar.. hancur 1 malaysia.. Apa yang berlaku bukan budaya kita sebagai rakyat Malaysia..

Pagi ini pulak lanun baca satu artikel di malaysiakini (klik sini), dalam artikel tu luahan penduduk malaysia berbilang kaum dan agama. Mesti dlm isu ni orang islam yang dapat malu..dan dipersalahkan hu3..kerana nila setitik la ni. Tapi ingat, Kalu org Islam betul tak buat benda tu.. Ada satu pendapat dari seorg nonmuslim tu menyelar dari salahkan "our muslim friend",sebaliknya die kater ni perbuatan orang sekumpulan kecil yg fanatik n pelampau, serta die pesan jangan termasuk perangkap.

Sekali lagi, Lanun yakin orang buat tu bukanlah orang yang berpegang pada islam yang menyuruh menghormati agama lain apatah lagi membuat sesuatu tidak baik kat rumah ibadat mereka. Lanun jugak harap hati-hatilah dalam memberi respon pada isu ini,mungkin ada perangkap kemarahan kita tu, memang isu ini sensitif jadi biarlah isu ini diselesaikan oleh ulamak dan pemimpin, apa yg kita takut apa yang terjadi semalam satu usaha untuk menaikkan kemarahan dua pihak supaya terjadi perbalahan yang boleh membawa kepada darurat.. nauzubillah... Sayangi sahabat semalaysia kita..kita unik...kekalkan keamanan, harap semua bersabar dalam isu ini..beri masa..

Lanun : Alhamdulillah PAS mengambil sikap tidak melenting terus dalam isu ini sebaliknya, mengambil tindakan untuk memberi penerangan dan guna cara dialog perbincangan dgn semua agama.. Pimpinan PAS syabas!!

05 January 2010

Jangan kelirukan atau politikkan kalimah Allah- PAS

3 komen disini yer..
Salam.. Ikuti pendirian PAS dalam isu penggunaan nama Allah. [VIDEO DIDALAM]


KENYATAAN PENUH (dibawah..)

Sumber HarakahDaily

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.-4/1/2010


* Back To Halaman Utama *