Salam..
Lanun nak inform pada sesiapa yang masih tak dapat panggilan kemasukan ke Politeknik sesi Jun/Julai 2010 hingga 15 Julai boleh cuba untuk kemasukan November 2010. Apa yang Lanun maklum korang perlu kemaskini permohonan di website yang sama.
Mesej asal dari website e pengambilan Politeknik :
- Keputusan rayuan boleh disemak pada setiap hari KHAMIS mulai 27 Mei 2010 hingga 15 Julai 2010.
- Calon yang merayu dan berjaya akan ditawarkan kemasukan ke Sesi Jun 2010. Sekiranya tiada kekosongan, calon akan ditawarkan kemasukan ke Sesi November 2010.
- Calon yang masih tidak ditawarkan selepas 15 Julai 2010 dinasihatkan untuk mengemaskini e-Borang mulai 16 Ogos 2010 untuk diproses semula bagi kemasukan ke Sesi November 2010.
Cara Memohon/ Kemaskini
1. Buka http://www.politeknik.edu.my/webjan06/menu/index.asp
2. Borang Permohonan > Cara Memohon > Permohonan Baru / Kemaskini