Showing posts with label maut ditembak polis. Show all posts
Showing posts with label maut ditembak polis. Show all posts

27 April 2010

Aminulrasyid Di Tembak Mati.... Jenayah Atau Teraniaya???

5 komen disini yer..
Aminulrasyid

Salam..
Berita yang hangat 2,3 hari ni pasal seorang remaja 16 tahun Aminulrasyid yang ditembak mati oleh pihak Polis. Terbaru perkembangan berkaitan kes ni, rayuan ibu nya supaya akhbar tak lagi melaporkan yang bukan bukan mengenai anak beliau. Beliau yakin yang anaknya tak terlibat dengan jenayah samun seperti yang dilaporkan akhbar. Esok kes ni akan dibawa kepada kabinet.
Norsiah, 61, berkata beliau tidak mengatakan anaknya itu sempurna namun bagi dirinya, Aminulrasyid adalah seorang remaja yang aktif dalam pelbagai sukan, periang, mempunyai ramai kawan dan bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini.
Selain tu, Kakak mangsa juga percaya yang adiknya Aminulrasyid langsung tidak terlibat dengan kes jenayah. Kakak nye pendapat yang mangsa hanya terkejut dan panik bila ditahan polis. Kakaknya jugak nafi ada parang seperti yang dilaporkan oleh Polis.

Lanun harap, siasatan di jalankan penuh telus dan pantas, alhamdulillah aktivis peguam telah sukarela menjadi peguam bela keluarga mangsa, dan kes ni jugak dah nak dibawa ke kabinet. Semoga kebenaran dapat di dibongkarkan, dan apa sahaja keputusan harap semua pihak nanti terima. Harap tiada lagi spekulasi dari mana mana pihak. 

Alfatihah untuk adik Aminulrasyid.. [berita penuh]