Sedikit perkembangan mengenai kes tembak mati remaja 16tahun yang menimbul kekecohan. Bermula petang ni siasatan kes adik Aminulrasyid Amzah akan dijalankan. Bermula dengan Polis menyoal saksi kejadian pada hari tersebut. Saksi ni adalah kawan beliau yang berada bersama mangsa. Menemani saksi adalah Peguam Gobind Singh Deo anak kepada Karpal Singh. Saksi akan diiringi beliau untuk sesi beri keterangan. Harap semua berjalan lancar.
Showing posts with label remaja 16 tahun ditembak. Show all posts
Showing posts with label remaja 16 tahun ditembak. Show all posts
28 April 2010
27 April 2010
Aminulrasyid Di Tembak Mati.... Jenayah Atau Teraniaya???

Aminulrasyid
Salam..
Berita yang hangat 2,3 hari ni pasal seorang remaja 16 tahun Aminulrasyid yang ditembak mati oleh pihak Polis. Terbaru perkembangan berkaitan kes ni, rayuan ibu nya supaya akhbar tak lagi melaporkan yang bukan bukan mengenai anak beliau. Beliau yakin yang anaknya tak terlibat dengan jenayah samun seperti yang dilaporkan akhbar. Esok kes ni akan dibawa kepada kabinet.
Norsiah, 61, berkata beliau tidak mengatakan anaknya itu sempurna namun bagi dirinya, Aminulrasyid adalah seorang remaja yang aktif dalam pelbagai sukan, periang, mempunyai ramai kawan dan bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini.Selain tu, Kakak mangsa juga percaya yang adiknya Aminulrasyid langsung tidak terlibat dengan kes jenayah. Kakak nye pendapat yang mangsa hanya terkejut dan panik bila ditahan polis. Kakaknya jugak nafi ada parang seperti yang dilaporkan oleh Polis.
Lanun harap, siasatan di jalankan penuh telus dan pantas, alhamdulillah aktivis peguam telah sukarela menjadi peguam bela keluarga mangsa, dan kes ni jugak dah nak dibawa ke kabinet. Semoga kebenaran dapat di dibongkarkan, dan apa sahaja keputusan harap semua pihak nanti terima. Harap tiada lagi spekulasi dari mana mana pihak.
Alfatihah untuk adik Aminulrasyid.. [berita penuh]
Subscribe to:
Posts (Atom)