Showing posts with label menara baru. Show all posts
Showing posts with label menara baru. Show all posts

15 October 2010

Kerajaan akan bina menara tinggi dari KLCC Petronas, Menara Warisan Merdeka 100 Tingkat..

28 komen disini yer..
Salam..
Lanun agak terkejut dengan cadangan kerajaan Malaysia akan membina satu lagi Menara yang lebih tinggi dari menara KLCC Petronas, iaitu Menara Warisan Merdeka berdekatan dengan stadium Merdeka. Dengan alasan sebagai tanda kebanggaan malaysia mencapai wawasan 2020 dan bukti Malaysia Boleh.

Detail mengenai projek ini :

Modal : 5 Bilion
Tingkat : 100 Tingkat
Pembina : PNB Permodalan Nasional Berhad
Dijangka siap : 2015

Persoalan dan pendapat Lanun ;

  1. Adakah patut buat projek Mega lagi dengan keadaan rakyat yang masih lagi tidak betul betul boleh dikatakan selesa?
  2. Lebih baik bajet tu bagi kat tempat lain.. yang lebih memerlukan.
  3. Lanun tak mahu pembangunan hanya 1 tempat jer.. tempat lain tetap mundur...

Petikan ucapan najib mengenai Menara baru Malaysia...

Di sudut yang lain, kita berasa sungguh berbangga, bahawa, ke mana saja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas yang menjadi ikon negara.Ia adalah satu monumen kepada semangat Malaysia Boleh. Hakikatnya, kekuatan negara adalah adunan dan bauran sejarah kelmarin dan harapan hari esok. Jadi, sebagai satu lagi mercu tanda kebanggaan negara menjelang 2020, Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan mula membangunkan projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka. Ia akan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan pembinaan sebuah menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia. Keseluruhan projek ini bernilai RM5 bilion, di mana menaranya dijangka akan siap pada 2015.