Showing posts with label freemason. Show all posts
Showing posts with label freemason. Show all posts

15 October 2010

Kerajaan akan bina menara tinggi dari KLCC Petronas, Menara Warisan Merdeka 100 Tingkat..

28 komen disini yer..
Salam..
Lanun agak terkejut dengan cadangan kerajaan Malaysia akan membina satu lagi Menara yang lebih tinggi dari menara KLCC Petronas, iaitu Menara Warisan Merdeka berdekatan dengan stadium Merdeka. Dengan alasan sebagai tanda kebanggaan malaysia mencapai wawasan 2020 dan bukti Malaysia Boleh.

Detail mengenai projek ini :

Modal : 5 Bilion
Tingkat : 100 Tingkat
Pembina : PNB Permodalan Nasional Berhad
Dijangka siap : 2015

Persoalan dan pendapat Lanun ;

  1. Adakah patut buat projek Mega lagi dengan keadaan rakyat yang masih lagi tidak betul betul boleh dikatakan selesa?
  2. Lebih baik bajet tu bagi kat tempat lain.. yang lebih memerlukan.
  3. Lanun tak mahu pembangunan hanya 1 tempat jer.. tempat lain tetap mundur...

Petikan ucapan najib mengenai Menara baru Malaysia...

Di sudut yang lain, kita berasa sungguh berbangga, bahawa, ke mana saja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas yang menjadi ikon negara.Ia adalah satu monumen kepada semangat Malaysia Boleh. Hakikatnya, kekuatan negara adalah adunan dan bauran sejarah kelmarin dan harapan hari esok. Jadi, sebagai satu lagi mercu tanda kebanggaan negara menjelang 2020, Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan mula membangunkan projek bersepadu yang dinamakan Warisan Merdeka. Ia akan mengekalkan Stadium Merdeka, Stadium Negara dan pembinaan sebuah menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia. Keseluruhan projek ini bernilai RM5 bilion, di mana menaranya dijangka akan siap pada 2015.

18 August 2010

Salleh Gregor Samsa Jom Kita Pergi Lepak Minum2...

3 komen disini yer..
klik gambar ni untuk bukti..
pic credits: carigold forum

Salam...
Lanun baca artikel mengenai insan bernama Salleh Gregor Samsa ni lama dah. Tapi tak berkesempatan untuk update kat blog mengenainya. Sekarang Lanun tengok ramai dah blogger buat post mengutuk tindakan si mamat yang minat muzik underground serta juga seorang blogger ( 2 blog tapi dier dah close kan sejak isu ni).
Geng geng dier juga rajin mian basikal, geng basikal he3.

Apa dia buat? Dia telah menghina ibadah puasa, hina orang berpuasa, hina Islam. Kawan kawannya yang lain pun turut bagi sokongan dan seperti gembira pulak dengan pendirian dieorang. Lanun rasa dieorang ni tak paham lar, ada salah paham sket dengan Islam.

Lanun paham semua orang benci dan marah dengan dia, Lanun harap jugak ada orang yang pergi jumpa dan tegur dan betulkan apa yang dia salah paham tu. Bawak dia balik pada fitrah semulajadi seorang manusia yang bergelar muslim. Kalau orang macam dia ni, kita kutuk, kita keji lagi la dier melenting.

To Salleh Gregor : Bro, jom la kita pergi minum sembang sembang layan teh tarik n roti 0 kat kedai mamak. Pastu kita leh kita citer sket, sebab ko dah salah paham dengan Islam ni bai.. Aku ada member, kite leh citer n jawab apa yang ko tak puas hati.