15 March 2011

Radiasi Letupan Loji Nuklear Di Jepun Tidak Merebak Ke Malaysia..

Lanun dapat mesej kat Hp tadi mengenai radiasi dari letupan loji nuklear di Jepun yang tersebar dan berbahya bila hujan turun. Lanun disini menegaskan bahawa mesej ini adalah tidak benar. Keadaan masih terkawal di Malaysia dan tidak ada radiasi nuklear yang tersebar di negara kita, dan pihak berkuasa akan memberi maklumat pada rakyat mengenai update situasi radiasi ini. Bacaan radiasi di stesen di negara kita masih menunjukkan tahap normal. 

Mesej yang mungkin ramai terima :
"A nuclear plan in Fukumi, japan exploded at 4.30AM today. If it rains tomorrow or later dont go outside. If  you are outside. If  you are outside be sure that you have rain protector. Its acid rain . Dont let it touch you. You may burn, lose your hair or have cancer. Please stay safe and remind everyone you know."



KUALA LUMPUR 13 Mac – Kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun akibat gempa bumi kuat kelmarin tidak akan merebak ke negara lain termasuk Malaysia berdasarkan faktor jarak dan suhu di kawasan bencana.

Profesor Nuklear Dalam Perubatan, Kolej Perubatan Masterskill, Prof. Datuk Dr. Proom Promwichit berkata, kesan radiasi hanya berlegar di sekitar loji terbabit memandangkan suhu di kawasan tersebut hanya dianggarkan 300 darjah celsius.

“Hanya jika suhu di kawasan itu melebihi 1,000 darjah celsius, kesan radiasi akan naik ke lapisan atmosfera dan mampu merebak sehingga ke negara ini.

“Namun, saya anggarkan suhu di kawasan tersebut hanya berada pada paras 300 darjah celsius,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. 

“Apa yang dibebaskan dari loji tersebut hanya lapisan luar nuklear yang tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada manusia. Kesan sinaran X-ray sebenarnya lebih berbahaya,” katanya.

Timbalan Setiausaha MKN, Datuk Che Moin Umar berkata jumlah radiasi di udara di kawasan tersebut adalah amat sedikit dan tidak menjadi ancaman kepada persekitarannya secara terus dan kerajaan Jepun memantau perkembangan di kawasan tersebut.

Katanya, pihak keselamatan Jepun turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan memeriksa setiap urusan keluar masuk ke kawasan tersebut bagi mengelakkan radiasi daripada tersebar ke kawasan lain.

“Justeru, rakyat negara ini diminta tidak panik kerana kebocoran loji nuklear itu masih terkawal dan tidak memberi kesan kepada rakyat negara ini,” katanya.
Blog Widget by LinkWithin

5 komen disini yer..:

Anonymous said...

Kerajaan Malaysia melalui medianya, mesti nak cover, kononnya situasi di Malaysia selamat dari radiasi. Kenapa cover? Sbb Malaysia pun dalam perancangan nak membina loji nuklear.Jika didedahkan betapa seriusnya ancaman dan kesan negatif pembinaan loji nuklear, pasti rakyat akan membantah pembinaan loji nuklear di negara ini. Oleh itu, undang darurat 15 akan dibentangkan, iaitu pembinaan loji nuklear tetap dibina atas kuasa mutlak kerajaan tanpa mengira bantahan rakyat...

Anonymous said...

btol cakap Anonymous kat ats,
kerajaan msti nak tenagkan rakyat.taknak bagi rakyat panik2 ape semua..tapi hakikat sebenar,kiter sendiri kena beringat..
kesan radiasi tu kuat..
tQ

Anonymous said...

aku dapat yg msj yg cam ni...
4wardkn kn kpd ahli keluarga dan kawan2..jgn kna hujan start esk.loji nclear fukumi,jpan explode jm 4.30pg ni..akn dpt knser,rambut gugur,n melecur..lndung dri drhjan k..gtau org..JBTAN KAJICUACA-4ward msg mmber..

post by_jinkazama09@gmail.com
apasajew.blogspot.com

pkg_paka said...

yeke?abis r kalau camtu..ni baru kejap tadi kene hujan..adoyai..

cHeNtA cHayAnG nUrUl said...

mintak izin share kt blog sy