16 March 2011

Ramai Rakyat Malaysia Kahwin Dengan Warga Asing dari 31 Negara Berlainan......

Lanun baca satu artikel di BeritaHarian mengenai peningkatan perkahwinan campur di antara rakyat Malaysia dengan warganegara asing dari 31 negara berlainan. Ini berdasarkan rekod perkahwinan rakyat kita di lima kawasan selatan Thailand Songkhla.

Pasangan yang dipilih :

Malaysia-Thailand (419)
Malaysia-Indonesia (228)
Malaysia-Pakistan (45)
Malaysia-Filipina (18)
*pasangan

Statistik pernikahan di Selatan Thailand :

2005  - 314
2006  - 845
2007  - 1,944
2008  - 2,000
2009  - 3,260
*pasangan

Semakin meningkat bukan?
Antara negara lain yang jadi pilihan :

Bangladesh
Kemboja
Afrika Selatan
Nepal
Singapura
Perancis
Nigeria
Korea
Jepun
Afghanistan
Lubnan
Denmark
Amerika Syarikat
Iran
Arab Saudi
Uzbekistan.

Kenapa terdapat peningkatan? Antaranya kerana :
  1. Prosedur yang mudah dan tidak ketat berbanding Malaysia.
  2. Perkahwinan yang dirahsiakan.
  3. Perkahwinan yang tidak direstui ibu bapa atau keluarga dan sebagainya.
Apa yang kita bimbang?
  1. Status akidah pasangan yang dikahwini, terutama jika pengantin lelaki warganegara asing.
  2. Pendidikan keluarga, isteri, anak anak.
  3. Nafkah dan kebajikan.
  4. Penyakit keturunan atau berjangkit dari warganegara yang tidak mendapat suntikan.
  5. Masalah akan timbul sekiranya berlaku kes penceraian, kes pengjagaan anak.
Nasihat Lanun : 
  1. Kita boleh memilih pasangan.
  2. Jangan sesekali cair dengan pujuk rayu, atau terasa terdesak dengan memilih sembarangan.
  3. Berusaha mencari yang terbaik. 
  4. Pastikan pasangan yang dipilih yang kita yakini boleh membawa kebahagiaan di DUNIA dan AKHIRAT dengan memberi nafkah zahir batin serta membimbing dengan ilmu agama.
Blog Widget by LinkWithin

1 komen disini yer..:

Rama2Ungu said...

stuju ngan nasihat Lanun tu..kalau boleh biarlah itu yg pertama dan ke akhir hayat kan. dan boleh membimbing..