Showing posts with label episod terbaru arjuna. Show all posts
Showing posts with label episod terbaru arjuna. Show all posts

08 June 2010

Arjuna TV3 KRU Episod 2 Download & Review Lanunsepet

9 komen disini yer..
Salam...
Selesai pulak lah episod ke 2 Drama Slot Aksi kat TV3 Arjuna. Lanun akan bagi sedikit review pasal episod terbaru minggu ni. Nampaknya cerita ni makin best dan watak watak lain dalam poster bawah ni pulak mula muncul satu persatu. Yang Lanun excited minggu depan Arjuna bakal berlatih dengan tok guru baru Satria Aduka.

Review Lanunsepet :
Episod 2 ni kali episod sedih bagi Arjuna sebab orang jahat dibawah arahan Grakus telah datang ke kampung nya. Macam mana orangg jahat tahu kedudukan Arjuna? Orang jahat tahu masa Arjuna guna kuasa saktinya tanpa disengaja. Masa Arjuna berlawan tournament dengan member dia tiba tiba member dia luka. Dia secara tak sengaja dalam kelamkabut keluarkan kuasanya terus member dia sembuh. Ini macam kuasa yang ada pada ayah Arjuna. Dier terkejut dan mula tanya macam soalan pada Ayahnya. Tapi parent angkat dia ni selindungkan perkara sebenar.


Orang jahat jumpa rumah Arjuna dan bunuh mak ayah nya. Arjuna diberi batu delima citra dewata. Masa ni lah watak baru muncul satria aduka dan suria yang terel. Dieorang kawan pendita Zulkarnain (geng ada kuasa ajaib) Arjuna dah tahu dier bukan anak kandung si pakcik n makcik yang dah mati tu. Dier jaga Arjuna bawa balik ke rumah dan minggu depan akan berlatih bersama Arjuna. 

Sini Lanun sediakan link untuk korang layan drama aksi Arjuna TV3 Terbitan KRU Episod yang terbaru iaitu episod 2. Anda boleh memilih untuk download atau menontonnya secara online :

Tonton secara ONLINE : [ Website TV3 Online TV ]
Download Drama Arjuna : [ Download Episod 2 Arjuna TV3 ]
Pada siapa yang terlepas Episod 1 : [ Episod 1 Disini ]
** atas kekangan masa dan kepakaran, video yang Lanun upload sekali dengan iklan

01 June 2010

Arjuna KRU TV3 Episod 1 : Pendapat Anda?

15 komen disini yer..

Salam...
Malam tadi dah selesai episod pertama episod satu Drama Ajuna TV3 terbitan KRU. Malam tadi Lanun tengok kat kedai makan jer, maklumlah orang miskin tv takda he3. Kebetulan kawan kawan pun datang join makan sekali sambil tu layan lah drama terbaru tu. Ni sedikit review dan komen dari Lanun selepas tengok drama Arjuna TV3:

Review Episod 1 
( Tonton Online Drama Arjuna Episod 1 : [KLIKSINI] )
(Download Drama Arjuna Episod 1 : [KLIKSINI] )

Pesanan Lanunsepet : if review ni tak lengkap maaf yer...


Semuanya berlaku pada tahun 1400 tahun besi. 
Pendita zulkarnain ada 3 orang anak murid, yang paling mulia akan memiliki pedang paling berkuasa macam dalam iklan yang remy ishak pegang tu. Adipura adalah murid yang paling power dan paling mulia. Yang 2 lagi tu khianat dan suka buat jahat. Pas bertarung bertiga 2 lawan 1, adipura kala pastu tok guru dieorang datang terus bagi sumpahan kat 2 murid yang jahat tu. 2 murid jahat tu skrang dah jadi jahat dan ada pengikut masing masing.


Kemudian selepas tu Adipura telah dipilih jaga pedang berkuasa tu. Kat pedang tu pulak ada 2 permata yang orang jahat nak sangat. Selepas beberapa tahun adipura dapat 2 orang anak putera dan puteri, Arjuna dan Sutera.

Selepas perlawan terakhir isteri adipura dibunuh, adipura pun bunuh diri jugak sebab dah janji hidup semati. Batu permata tu diletakkan bersama bayi tu Arjuna dan Sutera. Orang jahat yang dapat pedang tu kecewa sebab tak ada batu permata pada pedang. Orang jahat pun berazam cari waris adipura.


Arjuna dibawa lari oleh dayang adipura dan diberi pada pasangan orang kampung. Dan lama pastu adipura membesar jadi Remy ishak. bersambung. Sutera? tak tau kat mana. Minggu depan orang jahat mula cari arjuna.


Tukang review : Lanunsepet


Komen Episod 1:
  • Not bad, harap pas ni lawan lawan lagi banyak dari berdrama cintan.
  • Bagus sebab walaupun aura ada tapi tak da la guna selalu .
  • Orang jahat bertopeng, kalau nampak muka kang tak ganas pulak better bertopeng nampak misteri.
  • Arjuna dah lawan dah sikit sikit tapi kurang power, mungkin tak berlatih lagi.
  • Situasi zaman dulu kala he3 jual ikan masin, ikan masin ikan masin...mari mari mari...
  • Semua berlaku 1400 tahun besi , nak tahu zaman besi macam mana? kena tengok lar.
  • Pedang series nampak ganas, tapi tak tunjuk lagi powernya.
  • Kostum memang smart, Lanun paling suka tok guru Pendita zulkarnain, boleh hilang hilang tu.
  • Watak nampak cool goodjob KRU.
Oklah, tunggu minggu depan pulak untuk episod 2 Arjuna hari isnin 9 malam TV3. Pada yang nak tengok episod 1 boleh log in ke www.tv3.com.my tengok secara online k. Buat masa ni Lanun puas hati, cuma kalau tengok drama Arjuna ni jangan bandingkan dengan drama drama luar negara k, sampai bila korang tak akan puas hati he3.