01 June 2010

Arjuna KRU TV3 Episod 1 : Pendapat Anda?


Salam...
Malam tadi dah selesai episod pertama episod satu Drama Ajuna TV3 terbitan KRU. Malam tadi Lanun tengok kat kedai makan jer, maklumlah orang miskin tv takda he3. Kebetulan kawan kawan pun datang join makan sekali sambil tu layan lah drama terbaru tu. Ni sedikit review dan komen dari Lanun selepas tengok drama Arjuna TV3:

Review Episod 1 
( Tonton Online Drama Arjuna Episod 1 : [KLIKSINI] )
(Download Drama Arjuna Episod 1 : [KLIKSINI] )

Pesanan Lanunsepet : if review ni tak lengkap maaf yer...


Semuanya berlaku pada tahun 1400 tahun besi. 
Pendita zulkarnain ada 3 orang anak murid, yang paling mulia akan memiliki pedang paling berkuasa macam dalam iklan yang remy ishak pegang tu. Adipura adalah murid yang paling power dan paling mulia. Yang 2 lagi tu khianat dan suka buat jahat. Pas bertarung bertiga 2 lawan 1, adipura kala pastu tok guru dieorang datang terus bagi sumpahan kat 2 murid yang jahat tu. 2 murid jahat tu skrang dah jadi jahat dan ada pengikut masing masing.


Kemudian selepas tu Adipura telah dipilih jaga pedang berkuasa tu. Kat pedang tu pulak ada 2 permata yang orang jahat nak sangat. Selepas beberapa tahun adipura dapat 2 orang anak putera dan puteri, Arjuna dan Sutera.

Selepas perlawan terakhir isteri adipura dibunuh, adipura pun bunuh diri jugak sebab dah janji hidup semati. Batu permata tu diletakkan bersama bayi tu Arjuna dan Sutera. Orang jahat yang dapat pedang tu kecewa sebab tak ada batu permata pada pedang. Orang jahat pun berazam cari waris adipura.


Arjuna dibawa lari oleh dayang adipura dan diberi pada pasangan orang kampung. Dan lama pastu adipura membesar jadi Remy ishak. bersambung. Sutera? tak tau kat mana. Minggu depan orang jahat mula cari arjuna.


Tukang review : Lanunsepet


Komen Episod 1:
  • Not bad, harap pas ni lawan lawan lagi banyak dari berdrama cintan.
  • Bagus sebab walaupun aura ada tapi tak da la guna selalu .
  • Orang jahat bertopeng, kalau nampak muka kang tak ganas pulak better bertopeng nampak misteri.
  • Arjuna dah lawan dah sikit sikit tapi kurang power, mungkin tak berlatih lagi.
  • Situasi zaman dulu kala he3 jual ikan masin, ikan masin ikan masin...mari mari mari...
  • Semua berlaku 1400 tahun besi , nak tahu zaman besi macam mana? kena tengok lar.
  • Pedang series nampak ganas, tapi tak tunjuk lagi powernya.
  • Kostum memang smart, Lanun paling suka tok guru Pendita zulkarnain, boleh hilang hilang tu.
  • Watak nampak cool goodjob KRU.
Oklah, tunggu minggu depan pulak untuk episod 2 Arjuna hari isnin 9 malam TV3. Pada yang nak tengok episod 1 boleh log in ke www.tv3.com.my tengok secara online k. Buat masa ni Lanun puas hati, cuma kalau tengok drama Arjuna ni jangan bandingkan dengan drama drama luar negara k, sampai bila korang tak akan puas hati he3.
Blog Widget by LinkWithin

15 komen disini yer..:

Unknown said...

1 2 3 ikan masin!!! ikan masinn!!

yg penting hero encem hahahah

LaNuNsepet said...

ha3..
aksi n kualiti tu yang lanun nak.

Anonymous said...

klu cita lawan2 ni ada faizal husinn lagi mantappp..ada klass...

Jue Nara said...

btul la.. klu ada Faizal Hussin kn best.. arjuna best, lain dr yg lain, good job KRU...

sarah shafie said...

apsl aku tk teruja nk tgk n??best ke tk?

watchalawatco said...

lepas cite ni semalam aku sambung cite moon warrior kat channel sama :)

LaNuNsepet said...

@ser : ko ni... ko mesti teruja, tak teruja pun buat2 teruja k. mgu depan tengok ha3 paksa ni.

@irwan : tu ler..moonwarrior best giler lawan dier.

Milofloat said...

moon worrior lg best..kita komen moon worrior la plakk..hehehehe..

Apeponn..milo sokong filem pendekar melayu..

Kay- said...

yeahhh...citer epic moden yang best...

yang x bestnye nampak sangat diorg guna kayu utk baby yg di dukung tuu...isk iskk...sgt spoiled laaa seyes..aku nampak kaku jer benda d balut kuning tuu....

pastu mase diorg nak kasi kat dayang 2 baby tu scence kt tepi pantai...seyes aku x tahan gelak sbb diorg syium2 batang kayu..bukan baby...huhuhuu...ampun!!

tp seyes kaku laa..x nampak bentuk baby..lg real kalau diorg guna anak patung.

pendapat aku camtu arr....yg lain2 sume okeyy~!

***zaman besi dh ade duit syiling yeh? hehe...kan diorg jual beli ikan masin guna duit kan...;)

tunggu next weeknye episod lakk..

Lan Bingka said...

salam.. teknik CGI memang baik.

ayah arjuna iaitu adipura memang pendekar paling hebat. mati bunuh diri memang ciri2 seorang pendekar sakti.

LaNuNsepet said...

semua boleh download episod 1 arjuna kru tv3 di post ni yer tq

download arjuna tv3 kru

Nur Fannun said...

mmg best cite KRU ni..lbih2 lagi cite lawan2...mmg minat ar..

LaNuNsepet said...

mgu depan kiter tgk lagi k.

Urology Surgery in India said...

Amazing amount of great, actionable advice. I will keep coming back to this Post...

post cycle therapy said...

O thanks, admin your site and blog is very impressive and good to see.