Salam...
Bagi blogger yang mensasarkan pendapatan melalui iklan mesti mengidamkan trafik yang tinggi. Untuk nuffnangers yang dah dapat buffered berusaha sedaya upaya tingkatkan trafik dengan blogwalking untuk tinggatkan bonus melalui bilangan visitor. Semakin tinggi trafik, semakin banyak visitor semakin tinggi lah pendapatan korang. Tapi masih ramai lagi blurr macam mana nak up kan trafik? bagaimana nak tingkatkan trafik cara yang berkesan?
Masih ada lagi blogger kat luar sana yang masih menggunakan blogwalking semata mata untuk tingkat trafik. Padahal itu bukan sahaja caranya. Jadi kat sini Lanun akan kongsikan beberapa cara yang Lanun tahu untk mendapatkan trafik yang tinggi seterusknya jana pendapat yang masyukk...he3. Jom ikuti tips trafik tinggi dari Lanunsepet.
PengenalanKaedah naikkan trafik ada pelbagai cara, yang lanun nak ceritakan ni adalah salah satu dari berpuluh puluh cara. Lanun selalu update ikut perkembangan semasa (time busy update pun tak sempat) dengan baca berita seperti kosmo online, bharian, harian metro malaysiakini dan sebagainya. Apa kaitan dengan trafik? ada kaitan sebab pengguna internet buat search kat Google dan Yahoo!! berdasarkan apa yang isu isu terkini yang mereka Dengar, Baca, Lihat, Perlukan, & Fikirkan.
Update pasal Berita Semasa
Isu semasa adalah berita yang semua sentiasa ambil tahu dan akan follow. Sebagai blogger anda kena tahu, jangan dok baca hiburan sahaja sampai orang tanya, yerke ade PRK kat Sibu tak tau la pulak.. Hmm.. kecewa sungguh ada orang cenggitu. Kat sini Lanun bg contoh mudah berkaitan isu misi ke gaza diserang israel. Buatlah artikel berkaitan isu terbaru macam tu, pastinya trafik akan berpusu pusu masuk. Tapi kena ingat! anda kena pantas, dan paling awal update sebolehnya.
cuba search "misi ke gaza" di google
Gunakan Berita Hangat di Muka Depan Harian Metro dan Kosmo Online
Selain isu semasa korang boleh ulas mengenai berita berita utama yang terpapar pada webpage utama Harian metro dan Kosmo Online. Selalunya apa yang tersiar di berita utama mereka adalah yang terhangat dan popular. Mereka wartawan dan mereka mesti lagi paham kan. Jadi gunakan berita utama dieorang, buat post terbaru dan ulas dengan ayat sendiri, nak bubuh petikan berita boleh tapi biarlah ada ayat sendiri. Tanda effort. (Lanun kdg benci dengan Kosmo dan Hmetro asyik berita seks jer???)
Hari tu Harian Metro siarkan pasal Pontianak di IPD betong Lanun pun update lar pasal tu dan hasilnya trafik masuk bila orang search pasal tu.
cuba search "pontianak di ipd betong" di google
Drama terbaru dan Mengenai Isu Hiburan
Memang semua orang tahu berita hiburan lah paling ramai orang cari. Berita semasa lain memang jatuh nombor dua. Hiburan ni adalah topik yang paling banyak orang cerita kat blog. Terutama sekali bila musim AF.
Kat sini kita boleh buat post terbaru mengenai perkembangan, kontroversi, salah laku, drama terbaru, sinopsis dan review, download episod terbaru , download OST, dan sebagainya memang banyak modal kat sini. Kita jugak boleh buat post contohnya membantah rancangan realiti TV dan gunakan keyword yang sesuai dengan perkembangan dunia hiburan.
Pada Lanun, Lanun tak suka sangat update pasal hiburan ni, lebih lebih pasal artis. Kalau Lanun update pun sebab Lanun minat dengan cerita tu. Contoh Arjuna drama lawan lawan, I like it he3.
Jadi kesimpulannya gunakan isu terkini mengenai hiburan sebagai penarik trafik ke blog korang. Ni memang terbukti berkesan untuk tarik trafik. Tapi memang korang kena mendahului orang lain sebab ia melibatkan persaingan.
cuba search "arjuna kru" di google
Kesimpulan
Isu semasa, berita terkini, terhangat dan isu isu macam hiburan memang akan jadi penyumbang pada trafik. Tetapi perlu di ingat ia adalah persaingan berita. Jika kita buat sambil lewa hasilnya pun sambil lewa jugaklah. Selain tu Lanun nak ingatkan:
- Jangan terlampau mengangkat artis dan dunia hiburan
- Jangan update pasal hiburan sampai lupa Akhirat & Palestin
- Update pasal isu tu biarlah cepat, siapa cepat trafik dia lah yang meletup dulu.
- Post pasal hiburan tak semestinya menyokong, kita boleh buat post membantah.
- Jangan jadikan blog kita blog peribadi sepenuhnya sekiranya anda ingin Trafik tinggi. Sebab kita bukan artis yang ramai nak tahu apa kita makan, kita minum, pukul berapa bangun pagi DLL he3.
- Boleh guna jugak pasal peribadi tapi oleh dengan baik ramai blogger pandai buat gitu.
- Banyakkan membaca dan teliti supaya anda boleh olah sesuatu cerita tu dengan menarik supaya orang suka membacanya.
- Sama samalah kita berlumba menjadi blogger terhebat.
Ok tu jer la kot, tips sebagai blogger hebat he3. Ini adalah antara cara cara untuk dapatkan trafik yang tinggi. Ingat!, trafik tinggi pendapatan pun tinggi lah. Dah trafik tinggi jangan la lupa blogwalking pulak yer, kita sama sama datang dari bawah bila dah diatas jangan lupa orang dibawah. Lanun masih dibawah hu3.
46 komen disini yer..:
wahh..tips yg bagus nih..lalala~
thanks for sharing..blog lanun mesti ramai readers kan =)
banyaknye info kat sini.. boleh la try2 nanti..
@ STI
tips yg kita leh aplly sanmr2..
he3
@ rin~eirie de' sEcond
same2.. :-)takla banyak.. he3
@ Romz try jgn tak
ade opninon meh share same2...
wow! sangat bagus...terima kasih!
mekasih lanun...:)
lanun memang best!!! lalalala
to amir izzat
same2 :-)
to aqilah :
came2...
to mawaddah :
lanunsepet memang best betul3...ha3
aii..makaseh lanunsepet...i ikut blog u ek... :-)
Trima kasih atas perkongsian info. sayang lanun
waw..traffik sini mencecah ratusan...hebatnya!!..
@ gee
came2.. dtg lagi ek..
nnt lanun follow gee balik..
@ shameel iskandar
same2.. syg korang jugak..heheh
@ sweetsal
lanun punyer ni sket jer..
byk blog lg yang hebat2..
dieorg lah sifu lanun.
akan berusaha kearah itu,utk menjadi blogger yg alert dgn isu semasa dan maju dlm sume benda..thanks lanun,selamat melayari lautan blogging
thnx 4 d info :)
info bagus nie...terima kasih
info yang menarik ne lanun.. pasne tgu tips seterusnye lakkk
erm, kna praktikkan tips ni..
thankz mr.lanun..
(^_^*)
wah!! patut pun dah dpt lbh 300 tu ngee...
@ rizal jabai
that right man.. he3
go3.. entry3 ko pun mantop.
@ syazwani thaharuddin
sama2.. ;-)
@ darkbatman
aku blaja dari ko batman.
@ mimie
he3.. praktiskan..
jgn lupe yer.
@ rizputra7
ur welcome...
@ suka_haha
kalu lg pandai SEO lagi la trafik tinggi sampai 1000
thanx lanun for da tips...will adopt some ble sempat...hehe... :)
nak tambah, guna keywords yg top.. yang boleh google serata donia.. huhuhu..
to shee
same2..he3
to aznee...
betul tu.. keyword tu penting tu..
tq sebab tambah lagi tips.. :-)
"Dah trafik tinggi jangan la lupa blogwalking pulak yer, kita sama sama datang dari bawah bila dah diatas jangan lupa orang dibawah."
Like it!!! :) Sis harap sis xjadi pelupa sebegitu
maceh cik lanun...nnt sy try guna yip nih. Er..tumpang tnya sket.keyword tu apa? Title post kita ke yang kena meletop??
terima kasih lanun, boleh try buat pasni hehe
wow...kawanku seorang blogger yg mantap...
(Lanun kdg benci dengan Kosmo dan Hmetro asyik berita seks jer???) Ye..le.. macam lanun cakap diye orang pong nak up traffik juge.. he.. hu..hu.. baytheway... TQ much2.. share the tips!
to zaturen
betul2..
tp menyampah ar..
yer betul..tajuk entry awak jer dh memikat sy untuk menyinggah ke blog anda...
Sumijelly.com
bila la aku punya blog trafik nak meningkat. salu tak update jer.
MA topupbuzz : http://topupbuzz.co.cc
Bro, aku nk berguru dgn kau leh x?
waahh!
i like it. hehehe...
thanks lanun akak suka...akak dah ketinggalan zaman dah ni...huhu
Terima kasih, sebab saya pun baru nak bermula, satu info yang baik seperti saya yang masih baru.
Post a Comment