04 June 2010

5 Tips Sebelum Memasang Widget Di Blog Anda...

Salam...
Antara yang sering blogger godek godek pada blog adalah widget. Sesetengah blog mempunyai widget, widget dan widget? blog yang penuh dengan widget widget. Sehinggakan meyebabkan blog anda menjadi berat, slow dan ambil masa untuk load kesemua item di dalam blog. Kita mesti nak orang lain view kan? Kalau dah slow macam mana cerita? Tak semua orang ada internet yang berkelajuan tinggi untuk loading kesemua item dalam blog kita.


Disini Lanun senaraikan perkara perlu seorang blogger pertimbangkan sebelum memasang widget pada blog:

Kegunaannya? 
Adakah kita benar benar perlukan widget tu? contohnya feedjit, padahal dengan nuffnang anda boleh mendapat maklumat trafik dengan lebih jelas dengan siap panduan grafik dan graf lagi. Jadi kalau kita tak letak kita dah jimat "item" yang perlu di loading masa buka blog.


Kedudukannya? 
Kita perlu memahami dalam blog kita mana satu yang loading dulu? standard blog 2 column, pertama header akan diloading dahulu, kedua bahagian post (atas ke bawah), ketiga sidebar (loading atas kebawah), dan akhir sekali adalah footer. Jadi kita faham disini jika letak widget dibahagian header atau dibawah header, blog akan berat sebab pas loading header dier nak loading widget tu, baru loading post n sidebar. Kan dah bazir masa loading follower yang kurg penting tu? Kesilapan yang biasa adalah meletak widget follower dibawah header. Memang jadi lambat. 


Popup?
Sesetengah widget adalah serampang dua mata, contoh paling mudah adalah widget visitor counter dari Widgeo. Anda perasan tak kalau anda gunakan widgeo bila anda klik di bahagian blog korang akan keluar satu popup iklan IQ test lah, Iphone lah dan bla3. Widget yang macam ni memang sangat melecehkan visitor so better remove. Lanun cadangkan 99counters.com yang tiada popup.

Visitor perlu kan tak?
Seorang blogger mesti fikir macam peniaga, peniaga dia jaga pelanggan. Kita pulak jaga visitor kan? Kalau anda letak sesuatu widget tu adakah widget tu memberi sesuatu manfaat ke tak? atau widget tu sekadar untuk kita? Jika kita ingin menjadi blogger yang terkenal pasti nya kita akan letak widget yang benar benar berguna untuk visitor. Kalau untuk kita sahaja buat apa kan? satu dua boleh lagi tapi kalau dah sampai menyendatkan rasanya tak berapa sesuai sebab kita buat blog untuk orang lain melihatnya.


Berapa kilo widget tu?
Kebanyakan widget mengunnakan aplikasi flash, ada yang java, html dan sebagainya. Sesetengah widget memang berat, ambil masa untuk loading dier saja. Jadi kenali widget yang korang nak letak tu. Jika berat dan bagi efek pada loading blog, Lanun cadangkan cari yang lebih ringan. Macam contoh blog Lanun ada tarikh hijrah, dulu Lanun guna yang flash tapi sekarang Lanun tukar kepada HTML (hanya teks, bawah iklan nuffnang atas nun) yang memang lagi ringan. Blog yang banyak guna aplikasi flash memang akan slow sebab berat nak loading macam macam. Brape kilo? he3.

Kesimpulan
Harap tips ini dapat bantu dan bagi ilmu pada semua blogger. Dulu Lanun masa mula mula sibuk jugak letak widget macam macam sampaikan sesak dan sendat blog Lanun. Sekarang its time to series, kita nak blog kita dibaca oleh ramai orang, jadi penampilan dan prestasi nya mesti sesuai dengan apa yang mereka mahukan. Peace !


Blog Widget by LinkWithin

17 komen disini yer..:

Padin said...

terbaek.. hehe

LaNuNsepet said...

@ padin : ter ter ter baik...

Ken Wooi said...

yeah some widgets are unnecessary =)

nurmisnan said...

brother

kau kalau sudi dtg blog aku tolong komen sekali mana yang slow..

aku nak remove.. kalau berat bg tau ok.. thanks.. gd info.

aku buat blog pun nak share kat korang. tapi kalau berat baik aku jual gula bertan2..

rashid said...

Sorryla kalau blog aku banyak widget...uuuu....hahaha

Si GadisSemasa said...

info mantap :)

Anonymous ® said...

blog aku blom bertimbun lg widget..tq info

ibuintan said...

info yang bagus.
blog ibu berat tak ?

LaNuNsepet said...

@ nur : ok rasanya.. cuma header tu, rasanya tak perlu besar macam tu, edit bagi height kurang sket.. dalam 200px ok :-) sebab bila lanun check gambar tu 139KB, kalu kurgkan height dpt kurg lgi kan best,dpt jimat sket bytes to waiting.

:-)

LaNuNsepet said...

@ kenwooi : yap!! thatright man..

LaNuNsepet said...

@ rashid : he3..xdahal la bro..
if kita rasa nak tetap gak ngan widget2 tu its ok :-)

follow ur own stail.

LaNuNsepet said...

@wanie Tq

LaNuNsepet said...

@ rizuan ismail : he3.. jgn timbumkan kalu yang tak berguna pda org len

LaNuNsepet said...

@ ibu intan : blog ibu ok.. header pun text aje, dah mmg save dah kat ctu.. yg koleksi gambar tu kat bhgn footer so, pasloading yg penting2 baru load dia,.. ok :-)

tak berat :-)

paiz said...

info yang sangat bagus untuk blogger2~ bagus lanun... kebanyakan blogger baru excited nk letak macam2 untuk cantikkan blog masing2 tanpa disedari akan melambatkan loading blog mereka.. thanx for ur info lanun~

bunga said...

nice info nih, bisa langsung di praktekan di web Agen Bola punya saya biar tambah menarik. terimakasih Gan ilmunya.

ANDAIANNYA said...

Nice Info...