17 June 2010

Wajah 9 Syuhada Misi Ke Gaza Kapal Mavi Marmara...


Salam...
AL fatihah untuk 9 syuhada yang telah syahid dalam perjalanan membantu saudara kita di Semenanjung Gaza Palestin. 9 syuhada ini adalah antara yang terkorban dalam serangan gila tentera Israel zionis laknatullah pada 31 Mei pada kapal turki Mavi marmara.

Dibawah ni merupakan sedikit biodata dan gambar 9 sukarelawan Turki gugur syahid dalam misi kemanusiaan ke Gaza untuk membantu penduduk palestin. Tiada senjata mereka bawa! hanya makanan, bahan binaan, ubat ubatan, tapi diserang bagai pengganas oleh si pengganas yang sebenar.

BILGAMBARBIODATA
1
Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.
2
Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.
3
Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.
4
Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.
5
Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.
6
Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.
7
Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.
8
Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.
9
Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.

Sumber Harakahdaily
Edited By Lanunsepet
Sumber asal laman web Haluan Palestin
Blog Widget by LinkWithin

14 komen disini yer..:

sarah shafie said...

al fatihah..semoga mereka aman kt sana..

Lagenda said...

al-fatihah. Syurga menanti mereka.

ibuintan said...

alfatihah untuk semua mereka.....
terbayang keadaan keluarga yg si no 9 tu, masih muda dan hampir sebaya anak akak,
tapi dia kebanggaan keluarga tu...

LaNuNsepet said...

yer pasti..
kalau niat mereka suci..
InsyaAllah.. :-)

mereka ni berani!!

zulkbo said...

salam bertandang
moga anda selalu
sihat dan ceria..

tapi kita..
sanggupkah
begini???
جزاك اللهُ خيراً

zulkbo said...

moga Allah tempatkan mereka
di kalaangan orang yang syuhada
wallahualam..

ZR said...

tertanya2 jugak siapakah 9 org tu...tak sangka yg paling muda sekali 19 thn...comel lak tu muka ye...semoga roh2 mereka di tmpt di klg org2 shuhada....

Ayie said...

al-fatihah buat mereka semua ini.Moga arwah mereka dicucuri rahmat.

p/s:lanun boleh tak kamu letak link BLOG A-Y-I-E di bloglist kamu.. huhuhuh

wslm

papabear said...

Al-Fatihah untuk mereka semua...

uj said...

bahagia mereka di sana... dan mereka tak mati sebenarnya... hanya berehat di alam sana buat seketika... beruntung keluarga mereka...

takziah juga untuk arwah ustaz hassan.. al fatihah..

XYZ said...

moga mereka yg melihat mengambil ikhtibar....

syukran mereka syahid menegakan kebenaran =)

niesz said...

inalillah..semoga pengorbanan mereka akn d bls..

alfatihah..

nuriz said...

saya tgk jugak video serangan tu, mangsa baru lepas solat sdg rehat2 pastu kapal laknatullah tu dtg terus tembak bertubi tubi tanpa belas kasihan.

Urology Surgery in India said...

Great post and thanks for sharing....