Salam..
Malam tadi bermulanya kerja meroboh Penjara Pudu yang cukup dikenali ramai. Proses itu bermula pukul 10 malam tadi. Rasanya pasti ramai tak tahu lagi yang satu projek mega akan dijalankan disitu untuk menggantikan tapak Penjara Pudu dengan satu laluan bawah tanah. Projek ni dijalankan oleh UDA Holdings.
Fakta menarik semasa peristiwa meroboh :
- Lukisan terpanjang di dunia di tembok Pudu dirobohkan
- Orang ramai disitu mengutip batu hasil robohan buat kenangan
- Penjara pudu sejarah 100 tahun
- Diroboh untuk projek laluan bawah tanah dijangka siap 2012
- Ratusan orang datang melihat
- Video meroboh tembok Penjara Pudu KLIK SINI
Untuk sesiapa yang ingin nak tahu dan mengikuti sejarah dan kisah penjara pudu boleh mendownload satu kumpulan artikel atau e book beserta gambar dan penerangan yang Lanun compile kan dari sumber maklumat Jabatan Penjara sendiri. Sila klik link download di bawah :
Kerja merobohkan penjara ni Lanun sokong, kerana baik kita gantikan sesuatu yang lebih manfaat untuk rakyat sekeliling dari kita menjadikan ia terbiar dan hanya tempat tinggalan sejarah. lagipun ia hanya sejarah mengenai tali gantung, kisah seram, banduan, dan sebagainya.
16 komen disini yer..:
setuju sangat2 dirobohkan..
patut dah lama dulu, tiada yang perlu dibanggakan tentangnya
pakar ekonomi yang buta sejarah...tengoklah satu hari kamu akan dihukum oleh sejarah yang kamu lupakan.Penjara Pudu lambang tegaknya sistem kehakiman di Malaysia.
aku nak tanya.. kau orang belajar sejarah tak?Kenapa masa ambil SPM subjek tu diwajibkan.Salah satu ciri warisan berbentuk kebendaan.Penjara Pudu salah satu darinya.Tinggallah pintu gerbang ke sebagai lambang atau bukti perjalanan undang-undang negara.Sejarawan tidak mengkaji rumah awak pasal rumah awak tidak ada hubungan dengan negarabangsa dan masyarakat.Ahli sejarah akan mengkaji peristiwa masa lalu dengan artifak yang ada dan mempunyai hubungan dengan bangsa dan negara.Tolong cakap dengan menteri awak yang berapa mahir ilmu sejarah...bahawa sejarah adalah jati diri.cakap senang la kat RTM.Dalam quran pun cerita sejarahlah paling banyak untuk beri pedoman kepada manusia termasuk awak.Apa? banyak sangat komisen awak dapat dengan buat kenyataan bodoh macam orang tak sekolah.Saya tak dapat satu sen pun kati sini tapi saya menulis sebagai rakyat yang berakal dan berfikir sebagai manusia bukan manusia plastik macam awak...ibuintan.nama je ibu tapi tapi tak boleh buat contoh.
jangan gaduh2..
masing2 ade pendapat masing :-) ok
serabot la korang ni...
tp betol la,sayang la sejarah kita g roboh kan...bkn senang kte nk buat sejarah mcm tu,buat bngunan mudah,ade duit jalan,tp sejarah??....
mcm la xde port lain nk buat pembangunan,lorong bwh tanah la ape la,byk lg port kan...kalo diperlawa kan,di upgradekan,ha kan lawa dijadi kan tmpat lawatan...contoh mcm istanbul,turkey. bangunan sejarah dibiar kan,walaupun dlu gereja,tp adjust jd masjid, mcm la xleh dijadikan museum ke ape2 ke...rugi2.....
rasanya dieorg dah pertimbangkan semua tu..kalu kebaikan lagi banyak tak salah dieorg teruskan planning nak jadikan penjara pudu jadi tmpat leh bg kesenangan pd rakyat.
sejarah mmg tak boleh di beli, n buka senang untuk dicipta. tapi ia akan tetap jadi kenangan di ingatan, Lanun cadang dierg akan buat tugu peringatan ke ape.
lau sape2 pnh tau yang negara luar ade buat cerite tntg tmpt2 plancongan yg mnyeramkan dan ade mistik, n tmpt2 tu amat mnarik minat pelncong utk mnyaksikan dan alami sendri mistik2 tu. sy sbgi stdnt pelancongan pnh trlintas d fkiran utk jdkan penjara pudu sbgi tmpt plancongan mistik di malaysia, tp alangkah hampenye sy apabile penjare pudu tu di robohkan. hmmm
pnjara pudu x patut drobohkan..hnya krna pmbangunan, mnusia mnjadi buta~di barat, pnjara2 lama spt ni mnjadi 1 nilai plncongan yg pnting..mlysia pula??hurmmmm...buat la rumah,shopping complex, hotel 5 bntang kat sana, aku x teringin nak pegi...(smakin hari smkain mluat)
kenape nk padat kn lg kwasan yg da sedie padat???cume pikir duit ngan kemegahan je.......sepatot ny penjara pudu jngan diruntuhkan walau pn seketul bata......KERUGIAN YG AMAT BESAR BG SEBUAH NEGARA YG BERNAMA MALAYSIA!!!!!
UDA HOLDINGS HANYA PANDANG DUIT!!!!!
kita hanya ada 2 pilihan je.pembangunan atau simpan je penjara tu.adakah simpan lebih baik atau pembangunan?
cayala lu anonymous..kasi gempak ckit mau bk mata depa..gua sokong lu 100%
depa akai tarak
Betul tu...sejarah tetap sejarah. Hanya manusia tak pandai menilai.
Betul tu...sejarah tetap sejarah. Hanya manusia tak pandai menilai.
Your article is awesome! I have read through other blogs, but they are cumbersome and confusing.
I hope you continue to have such quality articles to share with everyone!
Post a Comment