13 April 2012

Bang, Dia buat zalim !, kita kena tolong.. ?


Daripada Anas radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda, “bantulah saudaramu yang zalim dan dizalimi!” Sahabat bertanya, “seorang lelaki wahai Rasulullah SAW, saya membantunya jika dia itu dizalimi. Akan tetapi bagi yang zalim, bagaimanakah saya membantunya?” Rasulullah SAW menjawab, “kamu halang atau sekat dia daripada kezaliman. Demikian itu kamu menolongnya”
[Al-Bukhari]

Salam..

Hadis di atas Lanun petik dari blog saiful islam. Menarik betul hadis ini. Pertama yang menarik bahasa Rasulullah SAW itu sendiri, "Bantulah saudaramu yang zalim dan dizalimi". Ia membuat para sahabat berfikir dan bertanya lebih dalam lagi.

Kedua, penekanan amal makruf nahi mungkar yang cukup cukup ditekankan dalam Islam. Rasulullah mahu kita menolong semua orang. Yang dizalimi dan yang zalim juga dengan mencegah dan menyekat ia dari terus melakukan maksiat, jenayah, ketidakadilan, penyelewengan, rasuah dan apa jua bentuk kezaliman.

Bukan membiarkan kezaliman begitu sahaja..
Blog Widget by LinkWithin

1 komen disini yer..:

Zul Uqul said...

benarlah kata Rasulullah SAW