KAJANG: “Saya mahu pergi ke kedai sebelah, tapi tersalah masuk ke sini pula,” kata seorang lelaki warga emas yang ditahan selepas didapati memasuki sebuah premis judi nombor ekor di sini, semalam.
Bagaimanapun, temberang lelaki berusia 51 tahun itu terbongkar apabila pemeriksaan lanjut menemui beberapa beberapa tiket pertaruhan judi nombor ekor yang baru dibelinya di premis terbabit.
Warga emas terbabit antara yang ditahan dalam ‘Ops Maisir’ bagi membanteras perjudian di kalangan umat Islam di sini.
Operasi selama dua jam disertai 143 pegawai dan penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat diketuai Ketua Penguatkuasanya, Norhisham Mohd Idris dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) itu dilakukan di sembilan lokasi berasingan sekitar daerah ini.
Norhisham berkata, pihaknya menahan 29 lelaki Islam berusia antara 19 hingga 55 tahun yang leka membeli nombor pertaruhan di premis perjudian berasingan. “Cubaan beberapa lelaki melarikan diri gagal susulan tindakan pantas penguat kuasa mengepung sekitar premis dan secara keseluruhan tiada insiden tidak diingini berlaku.
“Seorang yang ditahan berstatus datuk dan pada usia sebegitu, dia sepatutnya memperbanyakkan amal ibadat, bukan berjudi,” katanya.
2 komen disini yer..:
ishhh datuk sape laa yerr tu..
Betapa pakcik tua itu kerugian kerana keinsafan & kesedaran tak mengenal waktu..namun masih belum terlambat.
Post a Comment