10 April 2012

Kebakaran Hutan Bukan Pemusnah??

Salam..

Lanun berpeluang melihat satu lagi dokumentari Nat Geo, kali ni berkaitan kebakaran hutan juga di sebuah taman negara yang terkenal dengan pokok pokok gergasi. Hutan di negara tersebut tebal dan kadang kala terjadi kebakaran yang berpunca dari kilat. Kebakaran itu telah di padamkan oleh pihak taman negara kerana bimbang pokok akan musnah. Tapi apa kesannya?

Kesannya sangat pelik. Tiada anak pokok besar baru tumbuh. Tapi kenapa? ini lah kuasa Allah. Kebakaran yang semulajadi selama ini rupanya menjadi ejen pembenihan. Bagaimana? haba dari kebakaran itu telah memanaskan benih (dalam buah pine ) di atas pokok dan bila benih jatuh, ia tumbuh dengan sihat. Haba itulah yang menjadikan benih itu matang. Subhanallah..

Kini pihak taman negara terpaksa membakar dengan sengaja untuk menggalakan penumbuhan pokok pokok semula. Pokok yang lain tidak akan terbakar kerana pokok jenis itu tahan dengan haba dari api. Api bukanlah musuhnya sebenarnya.. tapi kawannya.

Ini tandanya, Allah sentiasa beri yang terbaik, dan Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk ciptaannya. Allah lah sebaik baik perancang. 

Allahhuakbar.
Blog Widget by LinkWithin

1 komen disini yer..:

Zul Uqul said...

ye, semua yg kit tau pun dari Allah. Kpd-Nya kita kembali (: