20 July 2011

Buaya Sungai Sebelak, Saratok Sebesar Myvi

Salam...
MasyaAllah hampir sebesar perodua Myvi? memang besar betul buaya dan besarlah jugak masalah yang dihadapi penduduk di sepanjang sungai sebelak. Disebabkan ia dah membaham beberapa orang penduduk dua bulan lalu. Menurut maklumat buaya tu berukuran 2.74 Meter. 

Sebesar Myvi and panjang 2.74 Meter..hmm.. Buat masa ni pihak tentera dah masuk 2 hari  berusaha keras menjejaki buaya ganas ni. DIsebabkan ia membahayakan penduduk ia perlu di buru demi keselamatan semua orang. Lanun doakan pemburuan ini berjaya dengan selamat. Win and Win k.





Sumber : Harian Metro

SARATOK: Kelibat seekor buaya didakwa sebesar Perodua Myvi dikatakan antara 60 reptilia ganas di Sungai Sebelak di sini, yang menjadi buruan pihak berkuasa dalam operasi besar-besaran memasuki hari kedua, semalam.

Penduduk dikatakan terserempak dengan buaya itu yang muncul di permukaan air selepas membaham seorang penduduk berusia 40-an di Kampung Emplam, dua bulan lalu.

Bagaimanapun, sehingga semalam usaha menjejak reptilia itu oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, tentera, polis, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) serta penduduk kampung masih menemui jalan buntu.

Operasi yang bermula kira-kira jam 1.30 tengah hari, tertumpu di beberapa kawasan yang dikenal pasti menjadi tempat persembunyian reptilia terbabit namun gagal memberi sebarang petunjuk.

Seorang penduduk yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, buaya berukuran 2.74 meter panjang itu dikatakan muncul sekali lagi baru-baru ini, menyebabkan penduduk memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Menurutnya, penduduk memang mahu pihak berkuasa menjalankan operasi memburu dan menangkap reptilia itu bagi mengelak kejadian tidak diingini terhadap penduduk yang mencari rezeki dan tinggal berhampiran sungai berkenaan.

“Kami terkejut apabila melihat buaya dianggarkan sebesar Perodua Myvi timbul di permukaan air secara tiba-tiba sebelum berenang semula perlahan-lahan ke dasar sungai.

“Bukan saya saja, malah kehadiran buaya itu turut disaksikan beberapa penduduk lain yang secara kebetulan berada di tebing sungai.

“Kami percaya buaya itu membaham beberapa penduduk dan dua bulan lalu ia muncul sambil menunjukkan mangsa yang dibaham sebelum menghilangkan diri dalam air,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Blog Widget by LinkWithin

4 komen disini yer..:

saya_arief said...

besar tu..
bahaya betol.

Muhammad Burn said...

knp msti myvi...

LaNuNsepet said...

mungkin myvi ada kat sebelah orang yang tengah tgok buaya tu he3..

atau ni konspirasi perodua untuk promote MYvi baru??? hahaha

Senyuman Cahaya mata said...

Mesti besar kan?? Ingatkan ada gambar ye..huuu..