21 July 2011

Cara Untuk Memohon Kad OKU


Salam...
Lanun kongsikan apa yang Lanun baca di LamanWeb Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM mengenai bagaimana kaedah untuk mendapatkan kad OKU bagi yang layak. Cara-cara untuk memohon adalah seperti berikut:

  • OKU boleh memohon samada melalui surat, email atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan dengan tempat tinggal.
  • Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan pendaftaran (diisi oleh Pegawai Kebajikan sekiranya pemohon buta huruf) dan membuat pemeriksaan doktor sebagai pengesahan kecacatannya samada di hospital / klinik kerajaan atau hospital / klinik pakar swasta.
  • Pemohon juga mestilah menyediakan 3 keping gambar berukuran saiz Kad Pengenalan dan 2 salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran
  • Sekiranya OKU yang memohon mempunyai kecacatan yang teruk atau terlantar, dia boleh meminta pertolongan Pegawai Kebajikan Daerah untuk menguruskan pendaftaran.
Blog Widget by LinkWithin

1 komen disini yer..:

azman said...

Terima kasih..semalam baru jer kawan tanya pasal ni...sekarang dah tahu macam mana nak apply