04 July 2011

Tutorial Buka Link Pada New Tab

Salam..
Lanun nak sharekan bagaimana nak buka pautan blog link, atau gambar yang anda klik dibuka pada tab yang baru / "new tab" TANPA mengganggu page asal. Lama dah Lanun aplikasikan skrip ini dalam berblogging kerana Lanun sedar ada banyak kelebihan yang kita boleh dapat daripadanya. 


Tak paham apa Lanun maksudkan ??
++ Klik "Link ini" anda akan faham ( ia akan dibuka pada tab baru di Browser anda)
++ Atau klik gambar kecik atas ni ( ia akan dibuka saiz yang besar pada tab baru)

Antaranya kelebihan skrip ini ialah :
++ Blog akan lebih mesra pelawat
++ Page asal tidak terganggu.
++ Pelawat akan lebih lama di blog kita
++ Pelawat tak perlu tekan back sekiranya masih tak habis baca post kita
++ Pelawat dapat fokus pada beberapa laman web @ blog dalam 1 masa.
++ Boleh digunakan untuk link gambar, link pdf, apa sahaja link.

Bagaimana caranya?
  1. Selepas buat satu link
  2. Klik "Edit HTML" kemudian cari link anda buat tadi.
  3. Tambah target="_blank" selepas URL anda seperti contoh dibawah 
Link korang secara standard nya begini :
<a href="http://lanunsepet.blogspot.com/">Nama Link Blog Lanunsepet</a>

Jadi tambahkan code berwarna merah tu di belakang URL selepas tanda "
<a href="http://lanunsepet.blogspot.com/" target="_blank" >Nama Link Blog Lanunsepet</a>
Blog Widget by LinkWithin

5 komen disini yer..:

Muhammad Izuan said...

tq utk tips ni...

Wardah alisya said...

owh..begitu rupanya..thanks 4 sharing~~

WARDAH ALISYA

Lanunsepet Aku Seorang Blogger said...

welkem.. :-)

abbey~ said...

macam mane nak cari link tu?

misskonspirasi said...

camne lak nak wat klu kiter klik ape2 link jea klua new tab ek..contohnya skunk sya kat home then nak klik older post->new tab..so yg home tak tergangu..harap dapat beri tunjuk ajar