14 April 2011

Ong Kim Koon Lelaki Prihatin Patut Dicontohi...

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA UNCLE ONG TELAH PUN MENINGGAL DUNIA, LANUN TABEK SPRING KEPADA BELIAU DAN MENGUCAPKAN TAKZIAH PADA SELURUH KELUARGANYA. [http://www.mmail.com.my/content/70242-farewell-hero-ong]
Fanbook page Uncle Ong :[ klik disini ]


Salam..
Lanun merakamkan ucapan SYABAS dan SANGAT BANGGA dengan Ong Kim Koon (52) yang berusaha untuk menyelamatkan sepasang suami isteri bangsa melayu yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kaki kanannya kudung dan kaki kiri patah. Ong Kim Koon telah menyelamatkan mangsa terlebih dahulu kemudian meletakkannya di tempat selamat.

Kemudian pergi semula untuk menyelamatkan mangsa ke 2. Dalam usaha nya menyelamatkan mangsa ke 2 beliau telah dirempuh sebuah kereta toyota estima dari belakang hingga menyebabkan beliau cedera teruk di kaki dan kaki kanannya terpaksa di potong, manakla kaki kiri patah. Kereta merepempuh Ong telah melarikan diri.

Lanun SANGAT BANGGA dengan apa yang telah dilakukan Ong, satu tindakan prihatin dan heroic yang patut kita contohi. Lanun harap kita dapat membantu beliau dan juga menyeru kerajaan untuk tidak memandang enteng usaha lelaki ini dan hulurkan bantuan sesuai pada beliau. Inilah contoh yang baik patut kita contohi. Kepada keluarga Ong, harap mereka bersabar.

Sisters Ong Yi Qing, fi ve, (left) and Yi Heng, three, (right) had been constantly asking when their 'Ah Kong' or grandfather will wake up from his 'sleep' as they would often check on Ong Kim Koon's (centre) body lying in an open casket at their house in Taman Pandan Mewah. - MalayMail

Kepada pemandu estima yang melanggar Mr.Ong, baik anda serah diri!!

TEMURAMAH ONG KIM KOON DENGAN WARTAWAN

Ong yang ditemui di Hospital Ampang (HA) di sini, semalam, berkata sebelum kejadian itu dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pandan Mewah selepas habis bekerja dan melihat dua kenderaan terbabit kemalangan.

“Saya memberhentikan kereta dan turun untuk meninjau keadaan kenderaan itu. Selepas melihat sepasang suami isteri dalam Perodua Viva tersepit dan meronta-ronta sambil menjerit meminta pertolongan menyebabkan saya membantu.

“Selepas berusaha kira-kira 10 minit, saya berjaya mengeluarkan mangsa wanita sebelum meletakkannya di bahu jalan dan memintanya menghubungi polis berikutan dia sedar,” katanya.

Ong berkata, dia kemudian berusaha pula mengeluarkan mangsa lelaki, namun tiba-tiba sebuah kenderaan merempuhnya dari arah belakang.

“Saya tak sedarkan diri selepas itu dan hanya tersedar selepas berada di HA. Saya terpaksa menerima hakikat pahit apabila doktor memaklumkan kaki kanan saya terpaksa dipotong akibat parah manakala kaki kiri saya pula patah,” katanya.
Blog Widget by LinkWithin

6 komen disini yer..:

adwafarahin said...

semoga Mr Ong tabah menerima dugaan nie

RerameUngu said...

mmg satu tindakan yg patut dibanggakan dan dicontohi. semoga Mr ong dang keluarga tabah menghadapi dugaan ni.

kepada pemandu estima tersebut, Tindakan melarikan diri adalah satu tindakan seorang pengecut. Dan membuktikan anda bersalah. Berani kerana benar.

Unknown said...

mm... memang wajar dicontohi.. moga mr. ong & keluarga tabah!

suffer8zine said...

huhu semoga mereka tabah

Terkini : Jom Kenali Cendawan Beracun

jemarioren said...

hilang upaya kekal kerana membantu sesama insan di bumi malaysia.

hexadex 450 said...

Your post is very interesting to read. you are doing a great job. Thanks for the information.