24 October 2010

Islamic Fashion Festival : Lanun bantah, selagi ia tidak diperbetulkan...

Salam...
Lanun amat kecewa dengan fesyen zaman skrg yang dikatakan islamik padahal ia adalah satu dosa dan perbuatan maksiat. Terbaru, satu festival mengenai fesyen islamik iaitu IFF 2010 bakal diadakan semula di Malaysia. Sebelum ini ia berlangsung Kuala lumpur, jakarta, dan di Monte carlo dan kini bakal diadakan semula di Kuala Lumpur.

Ada rekaan yang bagus dan menutup aurat seperti fesyen kanak kanak tu, ( rujuk laman web rasmi IFF, bahagian Galeri ) tapi Pada pemerhatian Lanun dalam video IFF di Monte Carlo tersebut ia tidak lansung menggambarkan imej Islam, ia tidak langsung menutup aurat. Adakah ini Islam? Inikah yang kita nak tunjuk pada Barat? Yang kita ni pun serupa?

Islam tidak melarang berfesyen dengan 1 syarat ianya menepati etika aurat. Panduan menutup aurat yang betul : Cara Awak Tutup Aurat Ni Salah... Untuk perbaiki IFF ini, ikutilah saranan Dr Asri : Baca saranan beliau.

Lanun juga membantah dengan "kesederhanaan" yang selalu dijadikan alasan. Apa yang dimaksudkan kesederhanaan dalam Islam adalah kita tidak terlalu mengejar dunia sehingga lupa akhirat, dan juga tidak hanya beribadat dan lupakan dunia. Tetapi, Kesederhanaan adalah keseimbangan kedua dua tuntutan tersebut dunia dan akhirat.

Lanun yakin ramai designer designer yang kreatif dan boleh buat fesyen yang hebat hebat, tapi apa salahnya pegang pada hukum menutup Aurat. Pasti Boleh :-) 

Jom kita lihat apa kata kata penganjur IFF 2010 mengenai "The True Spirit Of Islam" semasa di IFF di Monte Carlo :


ini kah imej Islam? 
Lihat pada mini ke 1:23 gadis ini pakai pakaian dengan tulisam Muhammad



Blog Widget by LinkWithin

3 komen disini yer..:

suffer8zine said...

kenapa la birkan islam dipijak2 mcm ni. http://goo.gl/TOwP

Dear Jim said...

penaung dan penganjur kat malaysia ni patut dimasukkan ke kelas kaunseling di pejabat agama..dulu mak ayah suh gi sekolah agama ponteng...tu yang jadinya pg kelas quran rembat selendang mak limah kat ampai...

LaNuNsepet said...

hu3.. berdosa kan kalau org yang pakai fesyen ni, org tu igt tu fesyen islam, kena tipu ngan designer yang nak keuntungan.

berdosa si pereka..kalau si pemakai tak tahu.