30 October 2010

Video Perli Menara Warisan Merdeka 100 Tingkat

Salam..
Lanun jumpa video ni masa mencari page "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower " (Menara Warisan Merdeka 100 tingkat) yang bakal dibina oleh PNB katanya sebagai mercu tanda wawasan 2020 dan meningkatkan ekonomi negara.

Dalam isu ini Lanun pasti masing masing ada pendapat sendiri. Ada yang setuju dan ada yang tak setuju. Jangan takut untuk tak setuju kerana masing masing berhak ada pendirian tersendiri. Berbeza pendapat atau tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan menara ini atau dalam hal hal lain oleh kerajaan bukan bermakna anda adalah anti kerajaan. Ia adalah kebebasan dalam memberi pendapat.

Dalam proses pencarian tu, Lanun jumpa satu video yang telah di edit sehingga menjadi satu plot cerita mengenai Menara 100 tingkat ni. Ia nya adalah sedutan dari filem lakonan hero tamil terkenal Rajnikanth. Video ni memang kelakar, tapi boleh pulak bersambung. Jom tengok video ni, sila fullscreen untuk lihat subtitle.

Seperti kata editor video ni, Just for fun..
tak ade kene mengena dengan yang masih hidup atau sudah meninggal dunia..
Ni sbb aku tgk video malaysianews banyak sangat..
Blog Widget by LinkWithin

1 komen disini yer..:

ftrhd said...

hahha ada2 ar diorang ni buat subtitle :p