09 July 2010

27 Rejab : Hari Pembebasan BaitulMaqdis Oleh Salehuddin Al Ayubi

Salam...
Hari ini bersamaan dengan 27 Rejab 1431H, hari ini merupakan hari dimana Baitulmaqdis (Al-Quds Ash-Sharif - Tempat Yang Suci) telah dibebaskan dari tentera salib oleh tokoh syahid Islam terkenal Salehuddin Al Ayubi yang mulia. Beliau merupakan pejuang dan ahli ibadat yang disegani dan digeruni oleh kawan dan musuh. Mari kita sama sama kenang kembali dan ambil pengajaran sepanjang tempoh BaitulMaqdis dalam genggaman musuh. Apa kita dapat belajar?

Sedih rasa hati mengenangkan hari ini Baitulmaqdis dan Palestin masih dalam genggaman Israel. Hanya secebis tanah di semenanjung Gaza terus dipertahankan oleh Hamas sehingga ke titisan darah terakhir. Peristiwa serangan pada konvoi kemanusiaan pada awal bulan Jun telah membuka lebih luas mata pihak yang masih tertidur dengan lena. Sehinggakan wartawan yang di tawan Israel berkata " saya merasakan derita rakyat palestin dalam masa 28 jam" semasa berada dalam tahanan. Bayangkan saudar kita disana?

Sedikit sejarah mengenai Baitulmaqdis :

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

Ya Allah tabahkan hati para pejuang Mu di Palestin... aaminn..
Blog Widget by LinkWithin

2 komen disini yer..:

ZR said...

Amin...semoga mereka dilindungi Allah...jiwa dan iman kita masih belum dpt menandingi jiwa dan iman tentera Salehuddin Al Ayubi...

Anis izyan Abd Rahman said...

semoga baitul maqdis akan jatuh ke tgn umat islam kembali~