03 July 2010

Selamat Tinggal Zaman Study....

Salam...
Hu3.. banyak hari dah blog ni tak berupdate 3 hari tu. Bukan kebiasaan bagi Lanun untuk tak update blog secara daily. Semua ni jadi bukan per, tapi sebab Lanun dah berpindah ke rumah sewa baru dan takdak internet. Sebab ape pindah? sebab Lanun baru sahaja menamatkan semester khas pada 29hb jun lalu.

Alhamdulillah, semua dah tamat. semuanya tinggal kenangan. Zaman study, zaman sebagai pelajar universiti dah menjadi sejarah hidup. Pasni Lanun akan tentukan hidup Lanun sendiri. Sebelum ni dalam universiti kita ada silabus sekian-sekian kena ikut. Bila dah habis dan merdeka ni kita on our own..kita akan bergantung sepenuhnya pada diri kita, bersediakah?

InsyaAllah hari Isnin ni Lanun akan melangkah ke alam baru yang Lanun dah tinggalkan dulu, alam pekerjaan. Tak jauh dari umah sewa, Lanun akan sign in pagi isnin nanti. Dekat mana Lanun kerja? klik sini. Doakan semuanya berjalan lancar dan hubungan dgn rakan sekerja kat tempat kerja pun baik. :-)

Lanun mungkin akan kurang yang amat kurang update sebab kat rumah sewa baru tu tak pasang internet lagi. Nak pakai broadband tak dak duit pulak, leh lari bajet Lanun. Jadi Lanun target beberapa area yang ade internet free kat area rumah sewa Lanun Taman Tasik Utama Melaka. Blog punya pasal...
  • E-inkubator berdekatan Mydin Mall
  • Restoran Mamak bawah Mydin Mall
  • Restoran Mamak Ayob Bistro depan Mydin Mall
  • Mc Donald kat Zoo Melaka.
p/s : tenkiu sangat2 pada yg sudi singgah melanun.. teruskan k.. Lanun mintak maaf sebab selagi takda sambungan internet ni payah sket nak blogwalking dan bersedekah he3.
Blog Widget by LinkWithin

5 komen disini yer..:

Lagenda said...

Aaaaa..mak dengkinya!! Mak x abis2 lagik study nih. Monci tau...

afiff edogawa said...

bro dok area mane kat ttu tu??

dee said...

dok melaka rupenye lanun ni..kg dee kat durian tunggal je..sebelah je..:)
tahniah coz dh habis..tapi nnt bile dh keje, mst rase nk study baliknye..experience kat u best kan lanun...:D

btw, gud luck kat tempat baru...

ibuintan said...

salam nak lanun..
tahniah dah abis study dan selamat masuk kerja semula..
tapi kalau ada peluang study lagi jangan tolak

chybee said...

congratz lanun dah habis study! keje kat mühlbauer tu. antara company best kt germany ni :)