Salam..
Lanun kongsikan 1 info yang menarik Lanun baca di Malaysiakini tadi iaitu mengenai wajah baru duit syiling kita di Malaysia. 10sen 20sen 50sen dan 5sen akan mendapat sentuhan baru mulai tahun hadapan. Bagaimana rekabentuk duit syiling kita yang baru boleh tengok gambar di bawah. Nampaknya 50sen dan 20sen akan jadi warna emas tu, n 5sen dan 10sen kekal warna perak yang lama.
p/s : Boleh lah jual syiling lama kat Mudah.my yer he3..
Antara ciri ciri syiling baru :
- Lebih kecil dan ringan
- Rekabentuk baru ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan
- Mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.
- Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur
- Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.
- Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu
- Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia