Salam..
Adakah rahmat menyeluputi kita hari ini tuan tuan? Mungkin ia satu persoalan yang patut kita tanya pada kita di permulaan hari. Pastinya rahmat akan datang pabila ada redha dari Allah..
Tapi dari mana mahu dapatkan redha Allah? Amal Makruf Nahi Mungkar..
Semoga Allah melimpahkan rahmatNya pada diri ini, pada anda dan pada seluruh muslimin dan muslimat.
Mari kita beristighfar..
31 December 2012
Rahmat Allah..
2
komen disini yer..
at
8:37 AM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
28 December 2012
Kemeriahan Sambutan Tahun Baru 2013.. Bagaimana Palestin?
2
komen disini yer..
at
3:56 PM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Salam...
Tahun baru 2013 bakal tiba hanya beberapa sahaja lagi. Pastinya ramai pihak telah menyusun pelbagai aktiviti untuk menyambut kedatangan tahun baru masihi ini. Lanun mengajak kita sama sama menyambut tahun baru ini dengan berpada pada dan sentiasa menmatuhi garis syarak yang telah ditetapkan.
Dalam kemeriahan itu juga jangan lah kita lupa nasib penduduk Palestin, kita berduka dan bersedih baru baru ini dan kerana datangnya tahun baru ini kita janganlah terlupa nasib saudara kita di sana. Letupab bunga api di Malaysia dan di Palestin tidak mustahil ada letupan juga tetapi yang disusuli dengan tangisan dan kesedihan.
Sambutlah tahun baru dengan aktiviti berfaedah dan jauhilah maksiat..
10 October 2012
Anak Abi.. Abi rindu...
4
komen disini yer..
at
9:57 AM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
anak abi... so miss u.. ummi dia pun abi rindu jugak...he3
Salam...
Apa khabar kawan2 semua.. lama rasanya tak menaip di blog Lanunsepet ni. memang lama sangat sampaikan semangar berblogging pun dah kurang. Tak nafi, sejak bekeluarga ni makin tambah kurang menulis post di blog he3.. apa boleh buat kan.
Alhamdulillah, anak Lanun pun dah hampir dua bulan sudah.. Teringin nak update pasal baby, tapi.. baby pun takda bersama Lanun. Isteri dan anak masih lagi di seberang laut, hu3.. sedih tau bila berjauhan dengan anak dan isteri..tuhan jer yang tahu. Selalu kita dengar cerita dan tengok orang lain hadapinya, tapi sekarang kita sendiri... Hanya yang mengalami tau apa rasanya.. :)
Agak2 korang boleh faham tak macammana rasanya?
Yang jauh akan dekat kembali InsyaAllah, manisnya pertemuan bila sekian lama berjauhan.
09 August 2012
Iklan Hari Raya 2012 Bernas yang terbaik..Sebak hu3..
2
komen disini yer..
at
11:43 PM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Saksikan video iklan raya terbitan Bernas sempenan raya tahun ini. Iklan ini kisah dua orang ank yatim yang ingin beraya bersama ibu bapa mereka. Babak terakhir mmg buat Lanun sebak sangat. Jom saksikan.
28 July 2012
Lagu Tema -Janji Ditepati Hari Merdeka ke-55, Adakah Patriotik?
1 komen disini yer..
at
1:16 AM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Salam..
Inilah lagu tema kemerdekaan ke 55 bagi nagara kita Malaysia. Lagu ini mendapat respon ianya "tidak patriotik" jadi apa pendapat anda? Hari kemerdekaan sepatutnya bebas dari sebarang kempen bersifat kepartian. Bagi Lanun ia seperti satu kempen pilihanraya.
Selain itu ia janji yang dikatan ditepati didalam lagu itu hanya berkait dengan KR1M, BR1M, DAN TR1M, rasanya banyak lagi janji yang perlu parti pemerintah hari ini.
Itu pendapat Lanun, Anda dengar dan nilai sendiri..
Isu logo kemerdekaan ke 55 juga hangat apabila dikatakan rekaan nya amatlah "low standard" ataupun digelar rekaan tahap guna microsoft word. Logo ini telah pun disiarkan di laman web www.malaysiamerdeka.gov.my jadi ia adalah rasmi. Boleh baca komen komen masyarakat tentang logo ini Oh-isu-logo-merdeka-ke-55-tahun-2012, kelakar pun ada.
19 June 2012
SCAF jangan masuk campur !!
3
komen disini yer..
at
10:34 AM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Salam..
Lanun rasa sangat gembira dengan kemenangan parti FJP Freedom Justice Party atau pun Ikhwanul Muslimin sebagai Presiden baru Mesir. InsyaAllah khamis ini keputusan rasmi akan di umumkan. Semoga kemenangan Ikhwanul Muslimin di hormati semua pihak termasuk Amerika dan Boneka Boneka Amerika. Walaupun Lanun tahu zionis dan amerika pasti takkan merestui Dr Morsi dan Ikhwanul Muslimin.
Selain itu apa yang Lanun bimbangkan adalah SCAF, kuasa tentera yang pro zionis dan pro mubarak. Mereka ini (SCAF) dengan jelas penyokong perjanjian dengan Israel yang terus menerus meneka Palestin. Lanun harap SCAF merelakan perubahan kuasa dengan aman dan tidak menggangu pemerintahan Dr Morsi nanti.
Jika SCAF masih lagi campur tangan dan menghalang kerja bakal Presiden Mesir ini, Lanun doakan semoga Allah menghancurkan SCAF yang menjadi talibarut yahudi dan presiden zalim Mubarak.
Ya Allah peliharalah pejuang2 Islam di Mesir, peliharalah Dr Morsi, peliharalah ikhawanul muslimin peliharalah pejuang Islam seluruh dunia. Allahuakbar!!
14 June 2012
Hebat! 1 Kali Tumbuk 10 Orang Tumbang
2
komen disini yer..
at
10:09 AM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Salam... dahsyat.. mmg dahsyat.. ini kehebatan tumbukan maut, ha3. 1 kali tumbuk 10 orang itu boleh tumbang punya. Lanun amik ni di Carigold Forum, n gambar ni diambil dari sedutan filem / drama tamil.
Rasanya semua orang pun tahu macam mana kehebatan hero filem tamil, lombat terbalik, tumbuk sampai terpelanting, tembak tak kena dan macam macam lagi. Tapi Lanun sendiri minat dengan filem tamil ni sebab penceritaan mereka menghiburkan he3..lebih lebih cerita pasal masyarakat dan orang orang susah.
26 April 2012
Isi Dialog Makcik Ni..
2
komen disini yer..
at
11:26 AM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Salam...
Saja nak suka suka.. Cuba kawan kawan isi dialog yang sesuai gambar di atas mengikut kreativiti masing masing. Gambar ni Lanun petik dari Harian Metro "PULAU PINANG: Seorang pekerja kantin SK Batu Feringgi, Halijah Bakar, 62, dibantu seorang anggota bomba memadamkan api ketika latihan memadam kebakaran di Batu Feringgi. FOTO Asman Ibrahim (25/04/12)"
21 April 2012
Rokok Baru, Kualiti Dunhill
3
komen disini yer..
at
8:12 AM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Rokok terbaru, agak agak sama dengan Dunhill dari segi bunyi nya Done Hell he3. Gambar ni mungkin di ambil semasa kempen anti merokok. Ia merupakan replika bagi rokok yang bersaiz besar dan ia juga mengaitkan nama Done Hell yang memberi maksud bahaya merokok. Sumber : Carigold
18 April 2012
VIP terpaksa hidang air, Layan tetamu sendiri??
1 komen disini yer..
at
2:48 PM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Salam..
VIP seorang menteri besar terpaksa melayan tetamu sendiri, kerana ketiadaan orang gaji?? Bukan begitu.. hakikatnya memang beliau tidak ada orang gaji. Siapa tidak kenal tokoh ini, baru baru ini beliau menerima tetamu dari indonesia dan beliau lah sendiri yang melayan tetamu dengan menhidangkan air kepada tetamunya. Ada tak menteri lain macam ni? Siapa yang lebih berhati rakyat? Lanun sayang TGNA.
TGNA sewaktu melayan tetamu dari Indonesia, malam ni di rumahnya. Sabda Nabi Muhammad S.A.W bermaksud: Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Sebahagian daripada hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah) - HarakahDaily.
Jenis Jenis Hantu Dalam Masyrakat Melayu
0
komen disini yer..
at
11:53 AM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Salam...
Hantu.. eeeee... hantu merupakan perkara yang cukup sinonim dengan masyarakat melayu. Dari kecil lagi kita di dedahkan dengan hantu ni. Gelap jugak sering dikaitkan dengan hantu. Hantu ni juga dikatakan ada banyak jenis, berbungkus, terbang, menggigit, berbulu dan sebagainya.
Tetapi kethuilah hakikatnya ini adalah Jin. Jin mempunyai pelbagai bangsa. Ada yang boleh terbang ada yang berbulu, ada yang di atas pokok, di sungai, di gunung dan pelbagai lagi bangsa bangsa jin yang kita tak ketahui. Di tambah dengan bantuan dan hasutan syaitan yang menghasut jin jin ini, mereka menjadi bertambah dahsyat dalam mengganggu manusia.
Jadi sebagai bahan bacaan anda bolehlah membaca jenis jenis hantu yang Lanun dapat di forum CariGold. Tetapi ingat! jangan percaya 100%.. boleh baca tapi jangan percaya sepenuhnya. :)
Ada pelbagai jenis hantu atau makhluk yang dianggap hantu ini . Munsyi Abdullah dalam Hikayat Pelayaran Abdullah telah lama mempertikaikan kepercayaan karut orang Melayu ini. Antara jenis-jenis kelompok hantu-hantu ini adalah :
1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak - wanita berpakaian serba putih membalas dendam.
Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya.
Dalam kebanyakan cerita seram yang ditunjukkan di televisyen menayangkan bahawa hantu puntianak membunuh mangsanya dengan menghisap darah di bahagian tengkuk mangsa. Namun begitu di dunia yang nyata, tiada kes yang menceritakan ada manusia yang mati dibunuh oleh puntianak.
Ejaan pontianak adalah lebih popular dikalangan penutur Melayu dengan 883,000 keputusan bagi untuk pontianak di Google, berbanding hanya 557 untuk puntianak. Oleh itu keputusan menukar ejaan jelas kurang popular dan tidak diterima secara meluas dikalangan penutur Melayu.
Pontianak (puntianak) juga merupakan nama ibukota Provinsi Kalimantan Barat di Indonesia yang tidak ada kaitannya dengan makhluk halus.
Namun secara tidak langsung, sebenarnya nama Kota Pontianak (Ibukota Kalimantan Barat) ada kaitannya dengan hantu pontianak tersebut.
Tersebutlah kisah, ketika Syarif Abdurrahman Al-Qadri pertama kali mendirikan Kota Pontianak, ia dan rombongannya sering diganggu oleh hantu pontianak ketika menyusuri Sungai Kapuas yang merupakan pintu gerbang Kota Pontianak dari arah laut cina selatan. Maka untuk mengusir hantu pontianak tersebut, ditembakkannyalah meriam. Sekaligus dimana peluru meriam itu jatuh, maka di situlah akan didirikan kesultanan. Maka peluru meriam itu jatuh pas di simpang tiga Sungai Kapuas dan Sungai Landak yang kini lebih dikenal sebagai kawasan Beting-Kampung Dalam Bugis-Pontianak Timur. Itulah cikal bakla Kota Pontianak. Nama Pontianak sendiri diambil dari nama hantu pontianak yang sering mengganggu Syarif Abdurrahman Al-Qadri. Syarif Abdurrahman Al-Qadri sendiri akhirnya menjadi Sultan Kesultanan Pontianak yang pertama (sekitar abad 17).
Kini Keraton Qadriah dan Masjid Jami' Sultan Syarif Abdurrahman masih berdiri dengan kokoh di kawasan Beting dan Kampung Dalam Bugis-Pontianak Timur, sebagai saksi bisu kejayaan Kesultanan Melayu Pontianak-Kalimantan Barat-Indonesia
2. Polong
Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.
Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.
Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.
3. Toyol - hantu kanak-kanak bogel
Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka
4. Pelesit - boleh dipelihara
Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.
Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka
5. Hantu air - dalam air
Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu menbahayakan mereka yang bertembung dengannya.
Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.
Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air. Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak
6. Hantu raya - boleh dipelihara
Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.
Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.
Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan
7. Hantu bungkus - makhluk ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut, merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.
Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergoleh. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.
8. Langsuir - perempuan
Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.
Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu.
Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka.
9. Bota - makhluk besar hodoh menjelma dari dalam tanah.
Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar. Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam tanah dan jarang dilihat oleh manusia. Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini, badan gergasi Bota ini menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui. Makanannya didapati di dalam tanah juga dan sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Manusia dan haiwan bukanlah makanan kegemarannya kerana ia hanya keluar sesekali sahaja terutama pada rembang petang. Gergasi Bota ini dikaitkan dengan kehilangan seseorang. Jika seseorang penduduk didapati hilang, mereka percaya Bota yang bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah melanggar pantang 'kewujudan' Bota di sesuatu kawasan. Anehnya Bota ini tidak banyak tapi boleh berada di mana-mana sahaja terutama di kawasan Sungai Perak.
10. Bajang - makhluk aneh
Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.
Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.
Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.
Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.
Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan
11. Bunian, Kerajaan dan keluarga Bunian.
Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.
Mereka dikatakan mewujud dalam masyarakat besar, menirukan struktur golongan manusia, dengan keluarga dan puak. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi mereka juga dikenali mendiami dekat golongan manusia dan juga dikatakan mengongsi sama rumah dengan keluarga manusia. Separuh kehantuan dikatakan orang bunian.
Orang bunian menguasai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian diketahui menculik kanak-kanak manusia dan dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.
Semenjak orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah dihiraukan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Sekali seorang manusia telah pergi untuk tinggal dengan orang bunian, dia tidak boleh balik ke alam biasa, sebagaimana orang bunian hidup lebih lama daripada manusia. Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin mengembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaitu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa
12. Hantu Jepun
Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II, semasa Jepun menawan Malaysia.
Tempat yang selalu selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh itu, boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.
Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya.
Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera.
Tidak pula diketahui sama ada hantu Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain (selain Singapura).
13. Hantu bukit
Hantu bukit merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan bukit. Hantu bukit sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.
14. Hantu kubur
Hantu kubur merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan perkuburan. Hantu kubur amat ditakuti dikalangan orang-orang asli kerana mampu menyebarkan penyakit. Ini adalah antara sebab orang asli berpindah randah sekiranya berlaku kematian. Malah ia ditakuti oleh puak asli Kubu (Indonesia) dan Jakun (Malaysia) walaupun mereka dipisahkan oleh selat Melaka. Rujukan 1.
Hantu kubur sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat
15. Pari-pari
Pari-pari merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang terdapat dalam hutan. Pari-pari ini dikatakan mempunyai masyarat tersendiri dan boleh dikatakan menyerupai orang bunian. Pari-pari dikatakan tidak dipelihara oleh manusia dan dikatakan hidup bebas.
16. Hantu punjut
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut, merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan. Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergoleh. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.
17. Jerangkung
Jerangkung merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan menginiaya orang lain. Pemeliharaan makhluk halus seperti ini turut dikenali sebagai saka.
18. Hantu laut
Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu menbahayakan mereka yang bertembung dengannya.
Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.
Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air. Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak
19. Hantu galah
Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan.
Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.
Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok. Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya.
Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya
20. Jin Tanah
Jin Tanah dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dikatakan menjaga sesuatu kawasan (tanah).
Jin Tanah biasanya menjaga sesuatu kawasan tanah dan akan menganggu mereka yang membuka tanah baru untuk berhuma. Untuk mengelakkan gangguan Jin Tanah, biasanya upacara pembukaan tanah baru akan di adakan. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak, Jin Tanah akan mengganggu mereka yang meneroka kawasan tanah baru tersebut.
21. Hantu Keramat
Hantu Keramat merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat disuatu tempat tetapi tidak mengganggu orang
22. Hantu Kum-Kum
Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari / sesetengah cerita menyatakan sebulan. Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah XX perawan.
Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan "Kum-Kum" sambil mengenakan jibab.
23. Hantu Bungkus
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut, merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan. Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergoleh. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.
24. Orang minyak
Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk kedalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri / membuat onar.
Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai.
25. Puaka
Hantu Puaka merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dikatakan sering berkeliaran bersama-sama cuaca buruk.
26. Penanggalan
Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.
Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.
Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.
27. Pocong
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut, merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan. Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergoleh. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan merek
28. Hantu bidai
Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air. Hantu bidai mampu menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa
29. Hantu kopek
Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek (buah dada) mereka.
30. Harimau jadian
Harimau jadian dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki. Ia dikatakan dibantu oleh golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya mempertahankan diri dan juga bagi memudaratkan musuh.
Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia
31. Jembalang tanah
Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan dara.
32. Hantu tengelong
Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena.
Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.
Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.
Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.
Rabbi Yahudi Akui Islam..
2
komen disini yer..
at
7:02 AM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Salam..
Lanun sharekan status Ustaz Asri (Bekas Mufti Perlis) yang menceritakan pengalamannya menghadiri satu conference. Harun Yahya Conference, seorang pemikir islam yang cukup terkenal dengan mengaitkan kekuasaan Allah dan kejadian alam serta sains. Harun Yahya memang insan yang hebat.
"PENGALAMAN BARU..tadi hadir Harun Yahya Conference, di Oxford Brookes University.. salah seorang pembentangnya seorang rabbi yahudi ternama Rabbi Ben Abrahamson..di samping pakar ajaran yahudi dia juga pengkaji al-Quran dan Hadis..ceramahnya menarik menceritakan persamaan amalan ibadah yahudi yang asal dengan ajaran Islam..yahudi solat lima waktu, rukuk, sujud, puasa, raya, korban, umrah, haji dan lain-lain..istilah-istilah pun hampir sama..semua para nabi itu Islam..itu nas Taurat katanya..fb beliau mendapat perhatian orang Islam serata dunia (Ben Abrahamson) ..masa solat maghrib dia solat bersama..kebetulan sebelah saya..hampir sama seluruh gerak-gerinya dalam soat.. jika dia mencari hakikat kebenaran, moga dia menerima kebenaran Nabi Muhammad s.a.w "
SEO:
anti yahudi,
cina islam,
kebesaran Allah SWT,
kisah,
masuk,
peristiwa,
tazkirah,
zionis
15 April 2012
Tuan, Saya Salah Kedai Sebenarnya..
2
komen disini yer..
at
7:23 PM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
KAJANG: “Saya mahu pergi ke kedai sebelah, tapi tersalah masuk ke sini pula,” kata seorang lelaki warga emas yang ditahan selepas didapati memasuki sebuah premis judi nombor ekor di sini, semalam.
Bagaimanapun, temberang lelaki berusia 51 tahun itu terbongkar apabila pemeriksaan lanjut menemui beberapa beberapa tiket pertaruhan judi nombor ekor yang baru dibelinya di premis terbabit.
Warga emas terbabit antara yang ditahan dalam ‘Ops Maisir’ bagi membanteras perjudian di kalangan umat Islam di sini.
13 April 2012
Bang, Dia buat zalim !, kita kena tolong.. ?
1 komen disini yer..
at
10:15 AM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Daripada Anas radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda, “bantulah saudaramu yang zalim dan dizalimi!” Sahabat bertanya, “seorang lelaki wahai Rasulullah SAW, saya membantunya jika dia itu dizalimi. Akan tetapi bagi yang zalim, bagaimanakah saya membantunya?” Rasulullah SAW menjawab, “kamu halang atau sekat dia daripada kezaliman. Demikian itu kamu menolongnya”
[Al-Bukhari]
Salam..
Hadis di atas Lanun petik dari blog saiful islam. Menarik betul hadis ini. Pertama yang menarik bahasa Rasulullah SAW itu sendiri, "Bantulah saudaramu yang zalim dan dizalimi". Ia membuat para sahabat berfikir dan bertanya lebih dalam lagi.
Kedua, penekanan amal makruf nahi mungkar yang cukup cukup ditekankan dalam Islam. Rasulullah mahu kita menolong semua orang. Yang dizalimi dan yang zalim juga dengan mencegah dan menyekat ia dari terus melakukan maksiat, jenayah, ketidakadilan, penyelewengan, rasuah dan apa jua bentuk kezaliman.
Bukan membiarkan kezaliman begitu sahaja..
12 April 2012
Pendidikan Seks Tadika di China
3
komen disini yer..
at
10:53 AM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Salam...
Lanun nak share koleksi gambar bagaimana pendidikan seks di ajar di tadika / kindergarden di China. Untuk pengetahuan anda China merupakan negara paling tinggi angka pengguguran bayi. Teknik pendidikan seks ini mendapat kritikan dari pelbagai pihak dan ada juga yang menyokong.
Lanun secara peribadi tidak menyokong pendidikan seks pada usia sebegini, bagi Lanun, ilmu agama dan hukum agama lah yang akan menghindari daripada gejala zina dan pembuangan bayi dan ia mesti diterapkan sejak kecil. Fokus kita bukan sahaja pembuangan dan pengguguran bayi tapi yang paling akar iaitu Zina.
Apa pendapat anda.??
SEO:
belajar,
download gambar,
ekspo dunia,
gambar pelik,
photo
Mana Satu Agama Yang Benar Sebenarnya? - Michael
24
komen disini yer..
at
10:26 AM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Kisah Michael seorang pemuda Yahudi mencari agama yang benar
"Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha..... sungguh melucukan..
Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia "Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.
10 April 2012
Pelakon Budak Dalam CJ7 Perempuan Rupanya?
2
komen disini yer..
at
11:07 PM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Salam..
Mungkin benda ni dah lama korang tau. tapi Lanun baru tau hu3.. kesian giler. Sebenarnya budak yang berlakon dalam CJ7 (Xu Jiao) tu adalah budak perempuan bukan lelaki. Dia hanya berlakon sebagai budak lelaki sahaja. ish ish.. selama ni memang kena tipu lar.. dah la punya lambat lanun tahu.. ha3.. apa pun lakonannya masa dalam movie cina tu memang terbaik.
Sumber : CariGold Forum
Sumber : CariGold Forum
Ratu Elizabeth ucap tahniah kepada Sultan Kedah, YDP Agong baru.
0
komen disini yer..
at
10:28 PM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Ratu Elizabeth II dari Britain mengutus ucapan tahniah kepada Sultan Kedah , Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah 84, atas pertabalan baginda buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14. Rupa rupanya YDP Agong kita ni pernah ke UK pada 1974. Ketika itu Tuanku abdul Halim Agong ke 4 dan berusia 42 tahun.
Ratu Elizabeth mengucapkan selamat maju jaya baginda yang akan ditabalkan besok. Daulat Tuanku.. semoga tuanku dapat memerintah dengan adil dan saksama.
Kak, Macam ni Tak Tutup Aurat..
1 komen disini yer..
at
12:50 PM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Salam..
Cara pemakaian orang islam disini nampaknya sama sahaja dengan tempat lain. Aurat didedah itu 1 hal. Tapi 1 hal ini sangat mengelirukan Lanun. Apa dia? Pemakaian legging dan tudung. Masih ramai lagi yang membiarkan anak anak dan isteri mereka memakai legging dengan tudung.
Mungkin bagi mereka ia sudah menutup aurat? Ia tidak menutupi aurat. Legging juga adalah haram di sisi Islam jika dipakai di luar rumah. Dalam rumah pun ada batas batas sekiranya ada lelaki bukan mahram.
Bertudung bukanlah menutup aurat sahaja. Ia lebih dari itu.. (teguran buat Lanun sekeluarga juga)
Kebakaran Hutan Bukan Pemusnah??
1 komen disini yer..
at
11:01 AM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Salam..
Lanun berpeluang melihat satu lagi dokumentari Nat Geo, kali ni berkaitan kebakaran hutan juga di sebuah taman negara yang terkenal dengan pokok pokok gergasi. Hutan di negara tersebut tebal dan kadang kala terjadi kebakaran yang berpunca dari kilat. Kebakaran itu telah di padamkan oleh pihak taman negara kerana bimbang pokok akan musnah. Tapi apa kesannya?
Kesannya sangat pelik. Tiada anak pokok besar baru tumbuh. Tapi kenapa? ini lah kuasa Allah. Kebakaran yang semulajadi selama ini rupanya menjadi ejen pembenihan. Bagaimana? haba dari kebakaran itu telah memanaskan benih (dalam buah pine ) di atas pokok dan bila benih jatuh, ia tumbuh dengan sihat. Haba itulah yang menjadikan benih itu matang. Subhanallah..
Kini pihak taman negara terpaksa membakar dengan sengaja untuk menggalakan penumbuhan pokok pokok semula. Pokok yang lain tidak akan terbakar kerana pokok jenis itu tahan dengan haba dari api. Api bukanlah musuhnya sebenarnya.. tapi kawannya.
Ini tandanya, Allah sentiasa beri yang terbaik, dan Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk ciptaannya. Allah lah sebaik baik perancang.
Allahhuakbar.
02 April 2012
Sk Tampulan Telipok Kota Kinabalu Sabah Macam Pondok Buruk
4
komen disini yer..
at
6:47 AM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Salam..
Sedih dengan keadaan sekolah ni yang sangat sangat daif. Semoga pihak kerajaan negeri dan kerajaan pusat pantas membantu sekolah ini. Hak mereka untuk mendapat tempat belajar yang selesa.
22 March 2012
Tahniah Kepada Calon SPM 2011
0
komen disini yer..
at
3:47 PM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Salam...
Lanun nak ucapkan tahniah kepada semua calon calon SPM 2011 yang telah mendapat keputusan masing masing. Banyakkan bersyukur dan dalam gembira ni janganlah melampaui batas yer. Harapan Lanun, semoga adik adik dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi. Jangan sia siakan hidup dan pastikan sentiasa berusaha untuk jadi insan yang lebih terbaik. Ibu dan Ayah jangan di lupakan jasa dieorang dan sentiasalah jaga hubungan dengan mereka.
15 March 2012
Happy Ending Nurul Nadirah Abdullah
0
komen disini yer..
at
4:12 PM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Salam...
Semoga Allah memberi rahmat kepada Allahyarham Nurul Nadirah Abdullah @ Dirang. Tidak lupa juga kepada keluarga khususnya ibu arwah, semoga Allah memberi kesabaran dan kekuatan kepada beliau untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini.
Ketahuilah bahawa apa yang terjadi adalah happy ending yakni kesudahan yang baik. Dirang akan dikurniakan syurga InsyaAllah dan berharap ibu arwah dan yang lain menjaga amal masing masing supaya dapat menuruti anakanda nya suatu masa nanti.
Ini adalah ujian dari Allah untuk memberi ganjaran yang lebih besar di akhirat kelak. Trauma, tekanan dan pelbagai lagi perasaan akan bercampur. Janganlah bersedih dan carilah redha perlahan lahan. Segala didikan dan jasa ibu Nadirah akan dibalas di kehidupan akan datang yang lebih kekal abadi. Aamin..
Ini adalah ujian dari Allah untuk memberi ganjaran yang lebih besar di akhirat kelak. Trauma, tekanan dan pelbagai lagi perasaan akan bercampur. Janganlah bersedih dan carilah redha perlahan lahan. Segala didikan dan jasa ibu Nadirah akan dibalas di kehidupan akan datang yang lebih kekal abadi. Aamin..
SEO:
bahaya,
budak,
bunuh,
jenayah malaysia,
kejam,
mangsa mati
Bertambah cantik :)
2
komen disini yer..
at
3:59 PM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Salam...
Pujian yang positif akan memberi impak yang positif, lebih lebih lagi pada isteri anda, kawan anda, atau orang di sekeliling anda. Tak kurang juga ada yang tak suka di puji. Itu hak peribadi lah kan. Tetapi apa yang Lanun nak share adalah tenaga positif yang kita beri jika memberi pujian. Puji dan berilah kata kata semangat kepada orang disekeliling anda, ia akan jadi doa dan kesan yang mengkagumkan. Cubalah! ha3.. mcm produk lah pulak.
Lanun suka puji isteri Lanun.. sebab dia memang comey. :)
13 March 2012
Backhoe Naik dan Turun Dari Lori Tanpa Bantuan Kenderaan Lain.
0
komen disini yer..
at
8:44 PM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Salam...
tengah pun semua? dah makan malam? sambil sambil tunggu nasi masak sempat pulak tengok satu video ni. Video bagaimana 1 backhoe ni naik ke atas lori tana bantuan kenderaan lain. Memang driver backhoe ni expert habis. Bukan senang, setiap bahagian pada backhoe digunakan dengan teratur dan akhirnya backhoe itu naik dan turun dengan sempurna. Memang mantap!.
tengah pun semua? dah makan malam? sambil sambil tunggu nasi masak sempat pulak tengok satu video ni. Video bagaimana 1 backhoe ni naik ke atas lori tana bantuan kenderaan lain. Memang driver backhoe ni expert habis. Bukan senang, setiap bahagian pada backhoe digunakan dengan teratur dan akhirnya backhoe itu naik dan turun dengan sempurna. Memang mantap!.
12 March 2012
Al Mathurat Wazifah Sughra
0
komen disini yer..
at
10:02 PM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Salam..
Lanun kongsikan bacaan zikir Almathurat sughra / pendek / ringkas yang cukup terkenal dan diketahui umum banyak khasiatnya. Zikir zikir di dalam nya adalah zikir zikir yang di sokong oleh hadis yang sohih jadi kita boleh mengamalknannya tanpa ragu ragu. Lanun mengajak marilah kita sama sama mengamalkan almaksurat ini.
SEO:
almaksurat,
almathurat,
audio,
kecil,
lagu,
nasyid,
pendek,
ringkas,
sughra,
zikir
05 March 2012
Apa Yang Boleh Dibuat Dengan Kotak Ni?
1 komen disini yer..
at
7:03 PM
Digodek :
CoKLaT uNGu
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Salam...
Lanun ada banyak kotak2 lama.. nak buang malas pulak nak angkut2.. Agak agaknya apa lar yang boleh di buat dengan kotak kotak besar ni? aada kotak TV kotak mesin basuh dan macam macam lagi lah. Cari juga di internet idea idea kita semula tapi tak jumpa lagi yang sesuai. Hmm.. Kalau tak da memang buang jer lah nanti.
04 March 2012
Lar Chatbox ShoutMix dah tak free..
3
komen disini yer..
at
4:53 PM
Digodek :
LaNuNsepet
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Gara gara lama tak update blog, tak perasan pun yang Shoutmix ChatBox dalam blog Lanun ni dah expired. Napa pulak expired? rupanya ShoutMix dah tukar servicenya kepada servis berbayar lah pulak. Hmm.. nampaknya tak da pilihan lah tukar semula ke Cbox.ws.
mesti korang dah lama tahu pasal ni kan? he3.. Lanun yang lambat.
Subscribe to:
Posts (Atom)